Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 yang akan bermula pada 16 Februari 2025 hingga 10 Januari 2026 bagi sekolah di negeri Kumpulan A. Sekolah di Kumpulan B pula akan bermula pada 17 Februari 2025 hingga 11 Januari 2026.
Kementerian juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan 2025/2026 yang melibatkan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas.
Baca juga: [TERKINI] Jadual Rasmi Peperiksaan SPM 2024 Untuk Rujukan Calon Pelajar & Ibu Bapa
KALENDAR AKADEMIK SESI 2025/2026, RUJUKAN BUAT SEMUA
Kumpulan A: sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Mula persekolahan pada 16.02.2025 dan tarikh akhir persekolahan adalah 18.12.2025.
Mula cuti akhir persekolahan: 19.12.2025 – 10.01.2026
Kumpulan B: sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tarikh mula persekolahan adalah pada 17.02.2025 dan tarikh akhir persekolahan pada 19.12.2025
Mula cuti akhir persekolahan: 20.12.2025 – 11.01.2026
Bagi cuti perayaan sesi 2025/2026, berikut adalah jadualnya:
Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua dan sentiasa mengikut cuti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baca juga: Bagi Alasan ‘Urusan Keluarga’ Untuk Pontengkan Anak Sekolah Semakin Jadi Trend
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia