Asuh

23 Cadangan Soalan KENA Tanya Kepada Pengasuh Anak Sebelum Bersetuju, Barulah Hati Lebih Lega

2
SHARES
PENGASUH ANAK

Buat ibu ayah di luar sana, sebelum bersetuju untuk memilih pengasuh anak anda, disarankan untuk bertanya beberapa soalan. Hal ini kerana untuk memastikan pengasuh tersebut sesuai dan dapat menjalankan tanggungjawab mereka.

Menerusi perkongsian Anne di laman TikToknya, berikut merupakan antara soalan yang wajar ditanya kepada pengasuh anak sebelum anda bersetuju. Ikuti perkongsian penuh di bawah ini.

Baca juga: Jangan Risau Anak Bawah 6 Tahun Belum Kuasai 3M, Biarkan Si Kecil Menikmati Fasa Bermain Dahulu…

SOALAN BOLEH TANYA DEKAT PENGASUH ANAK ANDA SEBELUM BERSETUJU

PENGASUH ANAK

Soalan untuk pengasuh anak antaranya adalah:

1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau tidak?

2. Ada CCTV dan ibu bapa boleh dapat akses untuk tengok anak?

3. Berapa ramai cikgu dan murid?

4. Guru ada sijil tak?

5. Berapa yuran bulanan?

6. OT guru berapa harga?

7. Apa jadual harian anak?

8. Tukang masak ada cucuk typhoid?

9. Makanan disediakan dan adakah ia halal?

10. Kelas budak di mana? Tingkat bawah atau atas.

11. Waktu tidur pukul berapa?

12. Macam mana cara cikgu tidurkan budak-budak?

13. Cikgu pegang telefon waktu mengasuh atau simpan di tempat lain?

14. Ibu ayah dapat perkembangan anak daripada pengasuh tak?

15. Berapa kali sehari semak suhu anak?

16. Suhu anak berapa (kalau demam) pengasuh akan telefon ibu bapa?

17. Kalau ada budak demam, ada bilik kuarantin?

18. Kalau ada budak demam, cikgu tolong pantau tak sebelum ibu ayah sampai?

19. Cikgu akan minta kebenaran tak sebelum bagi anak makan ubat?

20. Ada pekerja lelaki?

21. Bila mula ajar potty train?

22. Cikgu ada mandikan budak?

23. Apa barang yang ibu ayah perlu letak dalam beg untuk hantar ke pengasuh?

Menjengah ke ruangan komen, salah seorang pengusaha taska bersetuju dengan cadangan soalan yang dikongsikan ini. Jelasnya, soalan-soalan di atas sangat wajar ditanya terutamanya kepada pengasuh bayi anda.

Semoga perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat buat ibu bapa di luar sana.

Baca juga: Didik Anak Guna Cara Gentle Parenting Tak Salah, Kena Selitkan Unsur-Unsur Ini!

Sumber: TikTok Anne

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×