Suami Isteri

15 Tanda Patut Minta Cerai Dengan Pasangan, Bertahan Demi Cinta Tetap Tak Ada Guna!

13
SHARES
TANDA PATUT BERCERAI

Perkahwinan adalah ikatan yang dibina atas dasar cinta, kepercayaan, dan tanggungjawab. Namun, sesetangah hubungan terpaksa diakhiri terutamanya jika ada tanda patut bercerai seperti di bawah ini.

Masalah berlarutan yang mengganggu kesejahteraan emosi atau fizikal dalam rumah tangga sudah pastinya tidak mendatangkan kebaikan.

Baca juga: ‘Benih’ Suami Lebih Sihat & Tak Cepat Mati Bila Amalkan 5 Makanan Ini, Barulah Isteri Senang Hamil

15 TANDA PATUT BERCERAI DENGAN PASANGAN, JANGAN SEKSA DIRI

TANDA PATUT BERCERAI

Jadi, 15 tanda patut bercerai adalah seperti di bawah:

1. Perkahwinan buat diri tertekan

Sekiranya anda rasa tertekan setiap kali melihat pasangan atau memikirkan hal rumah tangga, itu tanda patut bercerai kerana mahligai yang dibina mungkin mendatangkan toksik dalam kehidupan.

Menurut kajian, hubungan suami isteri yang tidak sihat boleh menyebabkan kesan negatif pada tubuh selain boleh memendekkan umur seseorang.

2. Tanda patut bercerai – tetap sama walaupun dah berusaha

Selanjutnya, perkahwinan tidak dapat diteruskan sekiranya segala usaha telah dilakukan namun keadaan masih belum bertambah baik. Meneruskan hubungan yang tidak dapat diselamatkan hanya akan membuat anda kecewa dan lebih letih.

3. Tak rasa ada pasangan di rumah

Tanda patut bercerai seterusnya adalah apabila anda lebih rasa kesunyian walaupun ada pasangan di rumah. Hal ini kerana pasangan lebih memilih untuk melakukan perkara lain berbanding memahami perasaan anda.

4. Tanda patut bercerai – tak dapat jadi diri sendiri

Perkahwinan yang bahagia sudah pastinya kedua-dua dapat menunjukkan diri mereka yang sebenar. Sekiranya anda terpaksa menyembunyikan perasaan sendiri kerana takut untuk bercerita kepada pasangan, itu tandanya anda berada dalam hubungan tidak sihat.

5. Pasangan tak memberi sokongan

Sokongan atau pendapat daripada orang tersayang sememangnya penting. Namun, jika pasangan tidak memberikan sebarang idea atau sokongan ketika membuat sesuatu perkara, itu tanda patut bercerai.

6. Komunikasi tak berkesan

Isu komunikasi tidak berkesan antara pasangan juga merupakan tanda patut bercerai. Komunikasi yang produktif amat penting dalam sesebuah rumah tangga supaya kekal bahagia selain memahami antara satu sama lain.

7. Tanda patut bercerai – tidak mempunyai persamaan pendapat

Kata orang cinta itu saling melengkapi namun perbezaan pendapat dalam hal penting perlu diutamakan kerana ia boleh menjadi punca perceraian.

8. Pasangan tak anggap sebagai satu keluarga

Jangan biarkan diri anda terseksa di dalam perkahwinan yang dianggap bukan keluarga kerana setiap individu berhak untuk merasai kasih sayang, penghormatan, dan kebahagiaan dalam hubungan yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan.

9. Tanda patut bercerai – selalu berangan ada hubungan lain

Jika anda di tahap ini, itu tandanya harus berpisah kerana sudah terlalu teruk. Perkahwinan sekarang ternyata tidak mampu mendatangkan kebahagian seperti diimpikan.

10. Tiada hubungan intim

Hubungan intim dalam perkahwinan amat penting kerana kajian mendapati kekurangan kasih sayang boleh menyebabkan punca perceraian.

TANDA PATUT BERCERAI

11. Tanda patut bercerai – tak ambil berat tentang pasangan

Masalah timbul pasangan mula tidak mengambil berat atau menjadi acuh tak acuh. Jika pasangan anda menunjukkan tanda-tanda tidak peduli, tiba masanya untuk bercerai.

12. Tak menghormati satu sama lain

Baik suami atau isteri, kedua-duanya perlu menghormati satu sama lain agar kebahagian dan keharmonian dalam rumah tangga dapat dikekalkan.

13. Tanda patut bercerai – tak ada kepercayaan

Pakar menjelaskan bahawa kepercayaan terhadap pasangan amat penting. Tanpa kepercayaan dalam sesebuah hubungan, pengakhirannya pasti perpisahan.

14. Pasangan suka menipu

Kepercayaan adalah asas utama dalam sesebuah perkahwinan. Apabila pasangan kerap menipu, walaupun dalam hal kecil, ia boleh menghancurkan rasa kepercayaan yang menjadi tonggak hubungan.

Tanpa kepercayaan, sukar untuk membina hubungan yang sihat dan harmoni.

15. Tanda patut bercerai – penderaan fizikal & mental

Jika pasangan sering melakukan penderaan sama ada secara fizikal atau mental, ia merupakan tanda serius bahawa hubungan perkahwinan mungkin berada di ambang keretakan.

Penderaan fizikal, seperti memukul, menampar, menendang, atau sebarang bentuk keganasan, adalah tindakan yang tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.

Jadi, ini adalah 15 tanda patut bercerai yang perlu diambil tahu. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doa Untuk Suami Tersayang Daripada Seorang Isteri, Tak Ternilai Dengan Harta Benda

Sumber: Brides

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×