Memiliki sperma sihat sudah pastinya idaman setiap lelaki kerana ia memainkan peranan penting dalam memastikan kesuburan dan peluang untuk memperoleh zuriat.
Jika para lelaki masih tidak tahu makanan yang membantu untuk mendapatkan sperma sihat, boleh baca perkongsian penuh di bawah ini. Rugi kalau tak baca!
Baca juga: Doa Untuk Suami Tersayang Daripada Seorang Isteri, Tak Ternilai Dengan Harta Benda
SPERMA SIHAT BILA AMALKAN 5 MAKANAN INI
Menerusi perkongsian juru makmal perubatan, Muhammad Noor Zakaria atau mesra dikenali sebagai Mdno, pengambilan 5 makanan di bawah ini sememangnya boleh membantu untuk mendapatkan sperma sihat.
1. Zink
Zink adalah mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk menjalankan pelbagai fungsi biologi. Ia memainkan peranan utama dalam sistem imun, pertumbuhan dan pembahagian sel, serta penyembuhan luka.
Zink penting untuk penghasilan sperma yang sihat dan meningkatkan tahap testosteron dalam badan, yang menyumbang kepada kesuburan lelaki.
Contoh makanan kaya dengan zink:
- Tiram
- Daging lembu & kambing
- Produk tenusu
- Bijirin
- Kekacang
2. Sperma sihat – Vitamin C
Vitamin C adalah penting untuk kesihatan badan kerana ia boleh meningkatkan sistem imunisasi selain membuatkan sperma sihat.
Contoh makanan tinggi vitamin C adalah:
- Buah oren, limau, dan lemon
- Jambu batu
- Betik dan kiwi
- Brokoli
- Bayam
3. Vitamin E
Selanjutnya adalah pengambilan vitamin E yang tidak cukup boleh menyebabkan sperma tidak sihat dan kurang kuat. Makanan yang tinggi vitamin E adalah:
- Kekacang
- Sayuran hijau
- Buah-buahan
- Ikan berlemak
4. Folate (vitamin B9)
Sperma sihat dapat dihasilkan dengan pengambilan folate atau vitamin B9 yang mencukupi. Contoh makanan B9 adalah kekacang, buah sitrus, asparagus dan sayuran hijau gelap.
5. Selenium
Akhir sekali, cara untuk mendapatkan sperma sihat dan kuat adalah dengan mengamalkan selenium kerana ia boleh meningkatkan kesuburan lelaki.
Contoh makanan selenium adalah:
- Kacang brazil
- Ikan tuna & sardin
- Telur
- Daging lembu
- Ayam
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat para lelaki di luar sana.
Baca juga: “Tugas Saya Dah Selesai,” – Isteri Jaga Suami Ketika Lumpuh & Koma, Bila Sihat Kahwin Lain Pula
Sumber: TikTok Muhammad Noor Zakaria