Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mendapat penganugerahan Pingat Hang Tuah sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2024. Hal ini kerana Muhammad Asri Rosli berjaya menyelamatkan rakannya yang terkena renjatan elektrik pada 2 Oktober lalu.
Baca juga: PASTI Lakar Sejarah Membanggakan, 121,180 Murid Prasekolah Sertai Sesi Hafazan Al-Quran
REMAJA TERIMA PINGAT HANG TUAH SEBAB SELAMATKAN RAKAN
Remaja itu turut menjelaskan bahawa perasaannya sudah pasti teruja, gembira dan terharu serta bercampur-baur apabila menerima penganugerahan tersebut.
Menceritakan apa yang berlaku, dia ketika itu sedang bermain sepak takraw bersama rakan di sekolah mereka di Bukit Beruntung, Selangor
“Masa saya dan rakan nak ambil bola, saya nampak dia memegang besi dalam keadaan bergetar. Saya tarik dia beberapa kali sebelum tangannya terlepas dari besi. Saya terus peluk dia dan rasa ada aliran elektrik pada badannya.
“Saya terus bawa dia ke bilik guru pendidikan jasmani,” jelasnya.
Ibu Muhammad Asri, Zuraini Harun, 49, sudah pastinya bangga dengan tindakan anak lelakinya itu yang merupakan kembar tiga.
“Dia lahir kembar tiga. Dalam mereka bertiga, memang nampak dia paling banyak mengalah dan bijak. Apa yang dia buat (menyelamatkan rakan) amat membanggakan kami sekeluarga,” jelansya.
Muhammad Asri membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil penghargaan dan trofi.
Dalam majlis itu, tujuh anugerah diumumkan iaitu Anugerah Pingat Hang Tuah, Anugerah Khas Kanak-Kanak, Anugerah Gemilang Akademik, Anugerah Gemilang Kebudayaan dan Keseniaan, Anugerah Gemilang OKU, Anugerah Gemilang Sukan dan Anugerah Khas NGO Kanak-Kanak.
Baca juga: Klinik Sunat Ini Viral Sebab Ada Kereta Mainan, “Untung Dik, Zaman Dulu Tak Macam Ini..”
Sumber: BH Online