Artikel kali ini penulis ingin kongsikan resepi daging goreng ‘berlengas’ yang agak berbeza dengan resipi lain. Bau aroma memikat dan campuran sos membuatkan hidangan ini lebih spesial.
Daging goreng ‘berlengas’ ini boleh dihidangkan bersama nasi putih panas dan bubur. Lebih menarik lagi, cara penyediaan sangat mudah dan pastinya mampu menbangkitkan selera semua orang.
Baca juga: JANGAN Buang Sisa Kulit Bawang, Boleh Campur Dalam Masakan Untuk Lebih Sihat & Sedap!
RESEPI DAGING GORENG BERLENGAS, PUAS HATI BILA MAKAN
Bahan-bahan diperlukan
- Daging
- Serbuk kunyit
- Sos cili
- Sos tiram
- Kicap manis
- Lobak merah
- Lada hitam
- Secukup rasa
- Bawang holland
- Capsicum
- Cili besar hijau dan merah
Cara-cara penyediaan resepi daging goreng:
1. Cuci bersih daging dan gaul bersama serbuk kunyit.
2. Kemudian, goreng daging dan tambahkan air.
3. Tutup periuk sehingga daging lembut. Kalau air kering tambahkan lagi sehingga daging benar-benar lembut sepenuhnya.
4. Setelah lembut, masukkan sos cili, sos tiram, lada hitam, secukup rasa dan lobak merah.
5. Kacau sehingga semuanya sebati. Masukkan pula bahan hiasan iaitu bawang holland, capsicum dan cili besar merah serta hijau.
6. Gaul sekali lagi sehingga semua sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Resepi daging goreng ‘berlengas’ ini sesuai dimakan dengan nasi putih panas. Pasti akan menjadi lauk kegemaran anda semua kerana sedap dan mudah untuk disediakan.
Selamat mencuba dan semoga perkongsian resepi daging goreng ‘berlengas’ ini memberi manfaat!
Baca juga: Bahulu Mini Buat Sendiri Di Rumah, Tak Payah Guna Oven Tetap Elok Kejadiannya!
Sumber: Facebook Dea Noorfaizura