Sudah menjadi kebiasaan, kulit bawang akan dibuang setiap kali selepas memasak kerana beranggapan ia tidak digunakan. Namun sebenarnya menerusi perkongsian pengguna TikTok, kulit bawang merah dan putih boleh dicampur dalam masakan.
Kulit bawang tersebut ternyata mempunya khasiat untuk kesihatan diri kerana mengandungi antioksidan, tinggi fiber dan lain-lain.
Baca juga: Bahulu Mini Buat Sendiri Di Rumah, Tak Payah Guna Oven Tetap Elok Kejadiannya!
JANGAN BUANG KULIT BAWANG, BOLEH CAMPUR DALAM MASAKAN
Menerusi video yang dimuat naik oleh Elle, kulit bawang tersebut perlu dijadikan serbuk terlebih dahulu sebelum dicampurkan ke dalam masakan.
Cara-caranya adalah seperti di bawah:
– Basuh kulit bawang sehingga bersih.
– Keringkan kulit bawang tersebut di dalam oven.
– Setelah kering, masukkan kulit bawang tersebut ke dalam mesin pengisar.
– Kisar sehingga kulit bawang tersebut halus.
– Setelah halus, masukkan serbuk bawang tersebut ke dalam bekas.
– Sedia untuk digunakan. Anda boleh menambah kulit bawang ini ke dalam masakan setiap kali memasak untuk menambah rasa.
Sumber serat, antioksidan dan flavonoid di dalam kulit bawang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, ia turut kaya dengan vitamin A, C dan E yang sangat baik.
Manfaat untuk kesihatan & masakan
Antara manfaat menggunakan kulit bawang untuk kesihatan dan masakan adalah:
- Menambah lebih banyak nutrisi
- Buat masakan lebih sedap
- Bantu melegakan kekejangan otot
- Membuatkan tidur lebih lena
- Melegakan kulit gatal
- Melegakan masalah kulit
Jadi, anda boleh cuba serbuk kulit bawang seperti dikongsikan di atas agar masakan lebih sedap dan mengurangkan risiko masalah kesihatan diri.
Semoga artikel ini memberi manfaat dan selamat mencuba!
Baca juga: Wanita Ini Pertama Kali Masak Untuk Suami, Masakan Agak ‘Berminyak’ Tapi Komen Netizen Buat Terharu!
Sumber: TikTok Elle & Farmers Almanac
Kredit imej: Food & Wine, NDTV