Dapur

Buat Nasi Goreng Daging Paling Sedap & Tak Liat Ikut Cara INI, Patutlah Viral!

14
SHARES
nasi goreng daging

Menu nasi goreng merupakan antara juadah yang paling mudah didapati di kedai luar dan paling senang makan. Walaupun begitu, ada satu menu iaitu nasi goreng daging agak sukar untuk dimasak bagi mencapai tahap rasa yang diinginkan.

Berikut merupakan perkongsian resepi nasi goreng daging yang mendapat lebih 8 ribu ‘shares’ di laman Facebook. Tak sangka, menu yang nampak simple ini rupanya ramai yang masih tercari-cari cara yang betul untuk memasaknya!

Baca juga: Cara Cuci Papan Pemotong Hitam & Berkerak Guna 3 Bahan, Automatik Jadi Baharu!

RESEPI NASI GORENG DAGING MACAM DI KEDAI

nasi goreng daging

BAHAN

-Bawang putih, bawang merah
-Daun bawang
-Cili padi
-Telur
-Daging lembu (siap direbus)
-Rempah sup atau serbuk kari
-Sos tiram dan sos ikan
-Nasi
-White pepper
-Sayur (kailan)

CARA MEMASAK :

1.Tumis bawang putih, bawang merah (saya slalu tak letak), daun bawang (kalau tak ada tak payah), cili padi ketuk

2.Letak telur, kacau bagi garing.

3.Letak daging, tabur sikit rempah sup (tak letak pun tak apa), kalau yang suka kari boleh letak serbuk kari sikit.

4.Masuk sos tiram, fish sauce, perasa yang disukai.

5.Masuk nasi, tabur white pepper.

6.Kacau dengan api sederhana, kalau kering, letak sikit minyak, kalau tawar tambah fish sauce/kicap manis etc.

7.Letak sayur kailan kejap.

8.Tabur sikit mnyak sapi, tutup api dan siap!

*Selamat menjamu selera!

Baca juga: Nampak Macam Semua Sama Tapi Tidak, Ini Cara Pilih Cendawan Enoki Fresh Sebelum Beli

Sumber: Aneka Resipi Untuk Anda via Zulkifli Mat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×