Suami Isteri

Hukum Biarkan Suami Tidur Dalam Keadaan Marah, Isteri Jangan Pandang Ringan…

2
SHARES
TIDUR DALAM KEADAAN MARAH

Hubungan sesama suami isteri sebaiknya disemarakkan dengan kasih sayang agar pergaduhan tidak berlaku. Hal ini kerana sekiranya dibiarkan suami tidur dalam keadaan marah, isteri dianggap berdosa.

Perkara sebegini tidak boleh dipandang ringan oleh pasangan suami isteri kerana ia juga boleh menyebabkan keretakan rumah tangga.

Baca juga: Jangan Salahkan Diri Bila Salah Pilih Suami, Tapi Ikut Pesan Tok Abah Fadzilah Kamsah Ini…

HUKUM SUAMI TIDUR DALAM KEADAAN MARAH, ISTERI KENA TAHU

TIDUR DALAM KEADAAN MARAH

Rasulullah SAW bersabda:

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عليها لَعَنَتْهَا الملائكة حتى تصبح

Maksudnya: “Jika seorang suami mengajak istrinya ke tempat tidurnya, lalu isteri menolak sehingga si suami malam itu tidur keadaan marah kepadanya, maka malaikat melaknat si isteri sehingga pagi.” – (Hadis sahih-Muttafaq’alaih)

Hadis di atas jelas membawa maksud hubungan intim yang diminta oleh suami, jangan ditolak kerana ia boleh membuat pasangan marah.

Perlu diingatkan bahawa perkahwinan dalam Islam itu adalah satu ibadah. Jadi, ia dapat diperolehi melalui hubungan seksual secara halal.

Jika seorang isteri menolak atau membantah pemintaan suaminya, maka dia termasuk dalam golongan isteri yang derhaka.

Hubungan baik dalam kehidupan berumah tangga sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Sekiranya isteri tahu suami marah dan ingin tidur, jangan sesekali dibiarkan.

Sebaliknya cuba berbincang dan pujuk dengan baik agar masalah tersebut dapat diselesaikan. Tidur dalam keadaan marah tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi hanya memburukkan keadaan sahaja.

Jika punca kemarahan suami adalah kerana ditolak hubungan intim oleh isterinya dan lelaki itu reda, maka tidak ada dosa bagi pasangannya.

Keredaan suami dalam hidup isteri adalah sangat penting. Oleh itu, sebagai isteri yang solehah, anda harus cuba sebaik mungkin untuk tidur membiarkan suami tidur dalam keadaan marah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Seorang isteri tidak akan dapat menunaikan hak Allah sehingga dia memenuhi hak suaminya,” (Al Mawaarid no. 1290).

Kesimpulannya, diharapkan pasangan suami isteri di luar sana lebih faham dan peka tentang agama Islam. Jangan biarkan suami tidur dalam keadaan marah kerana berdosa mengikut keadaan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 8 Sebab Kenapa Lelaki Pakai Kondom Masa Hubungan Intim, Katanya Lebih Puas? Wow!

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×