Kini Trending

Bapa Buat Laporan Polis Gara-Gara Kepala Anak Ditendang Seperti Bola

14
SHARES

Gara-gara anak diserang sekumpulan pelajar dan guru, seorang bapa mahu mengambil tindakan terhadap mereka dan kejadiaan ini berlaku di sebuah sekolah menengah di daerah ini, baru-baru ini.

Lelaki berusia 52 tahun itu, berkata, anaknya, 16, diserang sekumpulan pelajar di padang sekolah berkenaan jam 9.40 pagi, 11 Mei lalu.

Baca juga: Ada Masalah Kewangan, Pelajar Gantung Diri Selepas Cikgu Halau Keluar Sekolah

BAPA BUAT LAPORAN POLIS GARA-GARA KEPALA ANAK DITENDANG

Memetik laporan Harian Metro, bapa tersebut mendapat maklumat berkenaan apabila ada pelajar yang memberitahu dirinya menjumpai anak lelakinya di padang sekolah dan dikelilingi kira-kira 10 orang pelajar lain.

“Mereka kemudian memaki dan menjerit pada anak saya dengan seorang daripada mereka menolaknya. Anak saya memaklumkan sekumpulan pelajar itu menendang kepalanya seperti bola sepak dan perkara itu amat menyayat hati saya,” katanya.

Dia juga memberitahu mereka memijak kepala dan badan selain terus menendangnya semasa dia jatuh. Ada pelajar yang mahu membantu anak saya, namun gagal menghalang mereka dan anaknya berjaya melepaskan diri dan pergi ke pejabat pengetua untuk membuat aduan.

“Apabila saya bertemu pengetua, dia memaklumkan bahawa masalah ini boleh diselesaikan dan ia menyebabkan saya terkedu. Bagaimana perkara sebesar ini boleh diselesaikan begitu saja tanpa ada tindakan diambil.

“Kejadian itu menyebabkan anak saya mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan, badan dan kaki kiri,” ujarnya.

Dia juga sudah membuat dua laporan polis berhubung kejadian itu dan mahu tindakan diambil terhadap sekumpulan pelajar berkenaan.

Katanya, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pembuli dan pihak sekolah sekiranya tiada tindakan diambil dalam isu berkenaan.

“Saya sedang meneliti beberapa langkah yang akan diambil dalam isu ini dan berhasrat tidak mahu menghantar anak ke sekolah berkenaan,” jelasnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×