Famili

Perangai Ibu Bapa Mengumpat Anak Sendiri Ibarat ‘Makan Daging’ Mereka…

46.2K
SHARES

Setiap anak mempunyai ragam sendiri yang kadang-kala membuatkan ibu bapa pening dan perlu kesabaran tinggi untuk mendidik mereka. Ada juga ibu bapa yang gemar membandingkan anak dengan anak yang lain atau pun menceritakan perkara buruk kepada orang luar.

Tabiat tersebut tidak wajar dilakukan oleh ibu bapa dan seperti perkongsian seorang ustaz di Facebook yang menyifatkan ia seumpama ‘makan daging’ anak sendiri.

Baca juga: “Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang lain,”- Jangan Kedekut Dengan Peniaga Di Luar

PERANGAI IBU BAPA MENGUMPAT ANAK SENDIRI IBARAT ‘MAKAN DAGING’ MEREKA

Beliau juga menyatakan antara perangai ibu bapa yang sering mereka lakukan ialah mengumput hal anak-anak dengan anak yang lain dan ini merupakan antara perangai yang tidak elok.

mengumpat anak

‘Makan Daging’ Anak Sendiri. Ada satu perangai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sudah dewasa ialah mengumpat anak-anak sendiri. Mengumpat anak sendiri?

Ya, sama ada menceritakan perihal buruk anak kepada orang luar atau kepada anak-anak yang lain. Paling buruk kesannya apabila mengumpat anak dengan anak yang lain. Contohnya, katakanlah Angah berjaya dalam karier sehingga ada pendapatan yang baik. Manakala Along kurang berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan kita sebagai ibu ayah dengan berhutang dan sebagainya.

Ada perangai ibu ayah sekarang yang suka bercerita perihal Along itu kepada adik-adik. Kesan buruknya, hilang rasa hormat adik-adik kepada Along. Ditokok tambah macam-macam. Sedangkan keadaan Along itu yang terdesak menyebabkan terpaksa berhutang dengan ibu ayah.

KENAPA PERKARA TERSEBUT BERLAKU?

Menurutnya, situasi tersebut sering kali berlaku kerana menjadikan mengumpat serta ‘membawang’ sebagai rutin dan sudah terbiasa bersama kawan-kawan sekeliling.

Mengapa berlaku begitu? Perangai kita ibu bapa yang suka mengumpat membawang orang lain dengan kawan-kawan. Jadi perangai itu terbawa-bawa apabila bercerita hal ehwal anak sendiri. Dia tidak sedar yang diumpatnya itu anak sendiri dengan orang lain atau anak sendiri.

Solusinya, hentikan perangai suka mengumpat dan membawang orang lain macam Mami Jarum. Memang seronok rasa bila membuka aib. Seronok itu datang dari syaitan. Apabila dua orang lelaki telah mengumpat satu kumpulan orang yang banyak makan sehingga mereka berdua ketawa.

Rasulullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam yang mendengar perbualan dua orang itu. Wajah Nabi berubah, lalu Nabi berkata, “Sesungguhnya saya ternampak daging saudara tuan-tuan itu melekat di celah gigi tuan berdua.” – Sahih al-Bukhari

Daripada ucapan itu ia membawa maksud:

  • Daging saudara seagama sendiri telah masuk ke dalam mulut.
  • Daging itu telah digigit, dimamah, dikunyah.
  • Daging itu telah ditelan sehingga tertinggal cebisan di celah gigi.

Kita berhenti mengumpat sekarang, supaya tidak terumpat anak sendiri. Tetapi, ada pengecualiannya. Ibu terpaksa berkongsi perihal anak-anak sesama anak yang lain untuk sama-sama membantu. Contohnya kes Along berhutang dengan ibu itu dalam jumlah yang banyak.

Maka ibu terpaksa minta pandangan adik-adik Along itu untuk sama-sama membantu dan tidak diperincikan jumlah hutang dsbnya. Cukuplah untuk menimbulkan kerisauan adik-adiknya. Bagi seorang ibu yang baik, mereka sangat faham garis halus antara mengumpat anak atau mahu membantu anak. Sangat berbeza caranya.

Sumber: Facebook Ahmad Saifuddin Yusof

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×