Didik

14 ‘Pesanan’ Penting Dari Kanak-Kanak Sempena Hari Raya Nanti. Orang Dewasa, Sila Alert!

542
reads

Hari Raya dah nak dekat ni, tak lama lagi bila balik kampung habislah anak-anak kena soal. Pernah tak anda terfikir apa perasaan anak-anak apabila disoal oleh orang luar atau saudara-mara? Bila balik kampung atau pergi ke rumah kenalan, macam-macam perkara nak dibandingkan dengan anak kita sendiri. Anak siapa lagi bijak, anak siapa lagi cantik, atau anak siapa lagi pandai bercakap.  Kadang-kadang, setiap persoalan dan perbandingan tersebut, memberi kesan dari segi mental kepada anak-anak. Sepatutnya, bila dah berkumpul satu keluarga untuk sambut Hari Raya ni, tak perlulah asyik jadikan isu ‘perbandingan’ sebagai topik utama kan? Mereka pun ada perasaan seperti kita juga.

Jadi, jika anda tak mahu tergolong dalam golongan yang suka membandingkan atau suka menyoal anak-anak ini, cuba tengok 14 nasihat yang kanak-kanak mahu sampaikan kepada anda di luar sana. Penting ni!

14 NASIHAT DARI KANAK-KANAK

http://godscountryboy.blogspot.my/

1. Jangan nak tengok cop/cap pakaian yang kami pakai. Sampai belek label belakang baju kami

2. Jangan bagi kami air gas /gula berlebihan..nanti mak kami ushar daring. Sebab nanti kami terlebih aktif dan kami juga kena cubit. 

3. Jangan pertikaikan kami dah 2-3 tahun lebih pakai pampers lagi ke? Sebab kami keliru lagi kencing tu berak..berak tu kencing

http://readanddigest.com/

4. Jangan nak tanya lebih-lebih kenapa kami tak cakap selaju f1..kenapa pelat-pelat..stress tau

5.Jangan dok compare perkembangan anak kami dengan anak@cucu@cicit org lain..Doktor pun tak kata apa depa sibuk nak compare..

6. Jangan tanya muka kami ikut muka sapa pastu jangan menyebok nak kata kami iras-iras macam cucu sulung pakcik sebelah umah wan punya ank sedara tiri tu ek!

http://www.scarymommy.com/

7. Jangan tanya kanak kanak tu tadika di mana. Bila cakap tadika government, korang bandingkan dengan anak korang yang tadika swasta

8. Jangan banding-banding kami ni dah pandai baca ke tadika exam markah berapa ke… annoying tau…
Jangan bandingkan berat badan kami

9. Jangan bandingkan kami ni tak pakai emas, anak makcik tu pakai emas sebeban. Mama kami tak mahu kami kena ragut. Sebab tu tak pakaikan kami barang kemas. Kalau kami pakai barang kemas jangan dok sindir-sindir kami dgn panggilan “tok peraih”

sg.theasianparent.com

10. Jangan tanya bila dia nak jadi abang atau kakak..

11. Jangan kata kami kurus, kena makan banyak….

12.Jangan dok kata kami umur 3-4 tahun masih minum dalam botol susu lagi

www.shutterstock.com

13. Jangan dok banding-bandingkan kami dengan anak cucu yang lain…

14. Jangan dok kata kami ni buas mak pak tak ajar. Kami ni budak-budak lagi, bagi kami enjoy kehidupan budak-budak kami ni dulu.

Lepas ni, kalau jumpa kanak-kanak tak kira ketika nak sambut perayaan atau hari-hari biasa, jangan asyik soal perkara diatas ini ya!

Sumber : Nur Marsha Maisara

Yang Popular

To Top