Tugas ibu bapa tidaklah semudah yang disangka dan sudah tentunya sebagai ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak tercinta. Pelbagai perkara dicuba untuk memastikan anak gembira sehingga menyebabkan mereka kadang-kala tidak takut dengan si ibu.
Perkara ini menyebabkan anak tinggi suara suara dan mula menjadi kasar apabila ditegur oleh ibu tetapi lain pula sikapnya jika bersama ayah.
Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Aktiviti ‘Bonding Time’ Antara Ayah & Anak, Boleh Try!
ANAK TINGGI SUARA DENGAN IBU, INI YANG ANDA KENA BUAT
Jelas perkongsian Dr Redza Zainol itu, beliau berkata ketika anak mula kasar, elakkan untuk membiar ibu keseorangan menghadap situasi tersebut.
Semakin lama semakin tinggi suaranya. Tutur kata anak mula jadi kasar, tangan mula diangkat-angkat, kaki dihentak-hentak. Pada saat ibu mula membisu, pantas si ayah datang. Pendek dan ringkas saja ayat si ayah, terus anak mula menukar nada suara jadi lebih lembut dan tenang.
Sebab itu jangan dibiarkan bila anak mula naik suara pada ibu. Cuba elakkan isteri berseorangan pada saat ini. Salah satu tugas ayah ialah sentiasa menjadi penyokong kepada isteri.
Caranya adalah bila anak mula ‘naik kepala’ dengan ibu, ayah kena terus tegur perbuatan anak jika dia berada di situ. Selepas ayah menegur anak, duduk berdekatan dengan mereka untuk pastikan 2 perkara ini berlaku:
- Anak guna nada suara yang rendah dan lembut dengan ibu.
- Isu yang cuba diselesaikan berlaku dengan penuh rasa hormat terhadap ibu.
1. Anak lebih mudah dengar cakap ayah berbanding ibu. Kita cakap pendek-pendek pun anak terus faham.
2. Anak sangat mengharap pujian dari ayahnya.
3. Sebab tu dia nak dirinya nampak sempurna di mata ayah. Bila ayah dah asyik perhati saat dia naik suara dengan ibu, cepat-cepat dia akan tukar nada suaranya tu.
4. Anak umpama CCTV. Apa yang mereka lihat dan dengar, dia akan tiru dan itulah yang membentuk diri mereka bila semakin dewasa.
5. Jadi layanlah isterimu dengan lembut dan penuh kasih sayang.
6. Percayalah, ayah adalah hero di hati anak. Mereka bangga dengan ayah masing-masing. Mereka nak jadi yang terbaik di depan kalian.
Gunalah kelebihan ini untuk mempengaruhi anak anda menjadi manusia yang hormat ibu dan orang lain.
Sumber: Facebook Dr Redza Zainol