Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka.
Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Apabila perasaan-perasaan itu telah menguasai diri, maka anak-anak sukar mengawal diri sendiri.
Baca juga: Cara Kendalikan Beras Supaya Kandungan Arsenik Berkurang Dalam Nasi
ANAK BUAT PERANGAI, JANGAN ABAIKAN MEREKA
Pada mulanya anak-anak ini buat perangai, kuat mengamuk dan jadi agresif kerana dia ada masalah untuk mengawal diri.
– Jangan abaikan dia
– Jangan buruk sangka
– Jangan benci dia
– Jangan peduli apa orang kata
Paling penting jangan berhenti sayang dia!
Kerana sekiranya kita buat begini pada anak.
Yang mulanya adalah “masalah” mengawal diri, lama-lama akan menjadi masalah hati yang lebih serius bila anak mula rasa.
– Dia tak di sayangi
– Dia tak di peduli
– Dia tak penting
– Dia keseorangan
– Dia di benci orang
Buruk natijahnya bila anak itu memilih untuk menjadi jahat dan mula nampak keburukan dalam setiap perkara. Parah!
Orang lain tak faham anak kita biarkan.
Orang lain tak tahan anak kita biarkan.
Orang lain tak selesa anak kita biarkan.
Diorang itu orang luar.
Ibu dan ayah wajib wajib wajib kena faham, kena tahan dan kena sabar dengan anak sendiri. Sebab ibu ayah bukan orang luar, ibu ayah orang terpenting di dalam hati setiap anak-anak.
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim