Dapur

Cara Kendalikan Beras Supaya Kandungan Arsenik Berkurang Dalam Nasi

2
SHARES

Nasi merupakan makanan utama bagi rakyat Malaysia. Sehari tak dapat nasi, boleh pening kepala lah ‘masuk angin’ lah. Dalam nasi, terdapat kandungan arsenik yang banyak jika dibandingkan dengan bijirin lain atau sayur dan buah-buahan.

Perkongsian daripada Facebook Mazliana Mazlan ini mengenai tips kurangkan arsenik dalam nasi sangat-sangat bermanfaat terutama buat ibu yang memang setiap hari masak hari.

Baca juga: 10 Cara Mudah Buat Anak Dengar Cakap, Tanpa Guna Kuasa Autoriti Sebagai Ibu Bapa

Saya masak nasi dengan kaedah kukusan, untuk kurangkan kandungan arsenik dalam nasi. Arsenik ini sejenis elemen semulajadi yang ada pada air, tanah, udara, haiwan dan tumbuhan. Ada jugak arsenik buatan yang digunakan dalam racun serangga untuk tanaman.

Dalam beras, hampir 10-20 kali lebih banyak arsenik berbanding bijirin lain sebab beras terendam dalam sawah padi, sentiasa bertakung dengan air. Ada jugak yang disembur dengan racun serangga dari arsenik buatan.

Menurut WHO, jika kita terdedah dengan arsenik dalam tempoh yang lama, ia boleh menyumbang kepada penyakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut, kanser dan juga masalah neurologi. Antara simptom lain, sakit perut, sakit kepala dan cirit-birit.

Nasi 300 gram saya masak dalam tempat pengukus. Saya panggil simmering basket.

Kita makan nasi hari-hari. Kalau cara pemilihan, pengendalian beras dan cara memasak yang betul kita amalkan, insyaAllah dapat kurangkan kandungan arsenik dalam nasi untuk keluarga kita makan.

Setiap jenis beras ada kandungan arsenik yang berbeza. Padi yang ditanam di kaki bukit contohnya padi beras basmati, kandungan arsenik nya kurang berbanding padi di sawah yang ada takungan air. Sebab air membanjiri padi setiap masa di sawah, maka kandungan arsenik makin tinggi.

Saya kongsikan cara kendalikan beras supaya kandungan arsenik berkurang dalam nasi yang kita dan keluarga makan di rumah.

1. Basuh beras sampai air basuhan jernih

Mula saya masukkan beras dalam simmering basket. Jadikan penapis untuk basuh.

Air basuhan kali pertama, keruh tak nampak langsung butir beras kan.

Yang ini kali kelima. Basuh sampai jernih macam ini okey.

– Basuh, basuh dan basuh sampai jernih. Sambil selawat, tak sedar pun dah 4 5 kali basuh.

– Arsenik ini larut air, makanya lagi banyak ia tersingkir jika kita basuh berkali-kali.

– Nutrisi memang akan hilang sedikit bila kita basuh beras banyak kali, tapi singkir arsenik lebih penting untuk kita utamakan.

2. Rendam beras

– Rendam beras semalaman mampu kurangkan kandungan arsenik lebih banyak berbanding hanya dibasuh berkali-kali.

– Boleh rendam malam sebelumnya, dan kurangkan portion air waktu masak nasi esoknya.

3. Lebihkan air sewaktu memasak

Masukkan air sampai melebihi paras beras.

– Gaya yang kebanyakan atuk nenek kita dulu-dulu tanak nasi. Mereka lebihkan air waktu tanak nasi, bila nasi dah hampir nak masak, buang air yang berlebihan, dan masak macam biasa.

– Kajian menyatakan jika kita masak dengan porsi beras dan air sebanyak 1:5, kandungan arsenik dapat berkurang sampai 50 peratus tau.

– Guna air yang banyak masa masak nasi, dan kita buang air larutan arsenik tersebut.

4. Rendam beras, basuh berkali-kali dan lebihkan air sewaktu memasak

Saya masak 18 minit, dengan suhu tetap 100 darjah, dan kitaran air dengan kelajuan 3.5 di bawah bekas kukusan simmering basket.

– Buat ketiga-tiga step yang saya kongsi di atas tadi.

– Ini cara paling terbaik untuk kurangkan kandungan arsenik hingga mencecah 80 peratus.

Nasi dah masak. Cantik seroi elok sahaja.

Dengan cara masak macam ini jugak, kanji dari nasi akan keluar bersama-sama melalui air. Nasi kita akan kurang kanji dan akan rendah Glycemic Index (GI).

Saya kongsikan 4 cara kita nak kurangkan arsenik dalam nasi yang keluarga makan. Tak semestinya perlu buat semua. Kalau dapat buat 1 sahaja pun, cukup syukur dah kan.

Ini dia lebihan air yang ada arsenik dan kanji. Boleh buang atau letak balik pada tanah sebab asalnya pun dari tanah kan.

 

Nasi 300 gram saya masak dalam tempat pengukus. Saya panggil simmering basket.

Kadang tak sempat rendam beras, berkejar nak masak. Tak apa, basuh sahaja sampai air jadi jernih pun dah dapat kurangkan sedikit kandungan arsenik.

Tak ada kerak langung walaupun masak nasi 1 genggam sahaja.

Yang penting kita ada usaha untuk masak nasi yang terbaik buat keluarga. Sama-sama kita cuba ya, insyaAllah. Dalam gambar, saya kongsikan cara saya masak nasi setiap hari, untuk kurangkan kandungan arsenik sebanyak mungkin. Korang boleh tengok betapa keruhnya air kanji dan arsenik lepas nasi dimasak.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×