Famili

“Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang lain,”- Jangan Kedekut Dengan Peniaga Di Luar

26
SHARES

Segelintir masyrakat sering beranggapan dengan membeli makanan di luar membazir dan pemalas. Tanggapan seperti itu tidak seharusnya wujud dan ianya satu anggapan yang salah kerana sebagai insan mulia tidak salah untuk kita memberi sokongan atau berkongsi rezeki dengan penjual di luar.

Hal ini sama seperti perkongsian Sha Ramson Abdullah di Facebook yang menjelaskan hormatilah peniaga di luar dan percaya setiap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT, ada terselit rezeki buat peniaga makanan mahupun peniaga lain.

Baca juga: [VIDEO] Trik Mudah Potong Rambut Anak Guna Face Mask, Baru Tak Masuk Mata!

“DALAM REZEKI KITA ADA REZEKI ORANG LAIN,” JANGAN KEDEKUT

Saya tak berkenan orang cakap “Dari beli makanan kat luar, baik masak sendiri. Jimat pun jimat. Takdelah membazir duit.” Kenapa cakap membazir? Ingat orang yang berniaga makanan tu saja-saja nak bazirkan duit orang ke?

Saya memang tak berkenan dengan orang yang kedekut dan berkira. Bila kita berkira-kira dengan orang, rezeki kita pun berkira-kira nak datang dekat kita. Ingat ya, orang yang berniaga itu mencari rezeki untuk keluarga dia. Setiap orang ada komitmen masing-masing yang tak semua orang mampu cerita.

Sama juga macam saya ada kereta tapi ada kalanya saya suka keluar rumah naik teksi atau Grab. Adakah saya membazirkan duit? Cuba fikir dari sudut hikmah kebaikan. Sebab apa? Sebab Allah dah tetapkan rezeki kita dan rezeki pemandu Grab atau Teksi tersebut iaitu  dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

BUAT BENDA BAIK, KEIKHLASAN ITU MANIS

Dia juga berkongsi beberapa perkara baik yang dilakukan agar sentiasa dirahmati Allah dan diharapkan dengan pertolongan yang diberikan sedikit sebanyak akan memberi rezeki berpanjangan di masa hadapan.

Antara benda yang saya suka buat dengan izinNya:

1. Setiap kali beli barang, bagi duit lebih kepada peniaga. Ingatkan diri kita bahawa duit yang kita bagi kepada orang itu bukan duit kita tapi Alllah Taa’ala yang bagi. Jadi, tak perlu jadi perasan sangat kita bersedekah. Malu dekat Allah. Rezeki kita bagi duit lebih tu pun datangnya dari Allah.

2. Bila naik teksi atau Grab pun bagi duit lebih dan ingatlah duit yang kita bagi itu Allah yang bagi. Bukan duit kita. Jadi, tak payah bangga cakap aku sedekah. Malu kat Allah sebab kalau Allah tak jentik hati kita untuk sedekah, kitalah orang yang paling bakhil.

3. Setiap kali bersedekah atau bagi duit lebih dekat orang, jangan menharapkan balasan. Setiap kali kita buat kebaikan, bila kita harapkan balasan, itu maknanya kita tak ikhlas.

4. Buat apa saja kerana Allah tanpa mengharapkan balasan. Orang yang ikhlas, dia takkan berharap orang akan balas balik kebaikan yang dia buat.

Sumber: Facebook Sha Ramson Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×