Famili

[VIDEO] Trik Mudah Potong Rambut Anak Guna Face Mask, Baru Tak Masuk Mata!

356
SHARES

Masalah nak menggunting rambut anak memang masalah utama kerana mereka agak ketakutkan akan mencederakan mata serta tidak senang duduk. Nak bawa ke kedai gunting masih takut pula dek kerana penularan wabak Covid-19. Jadi, seorang ibu di TikTok ada berkongsi satu idea baharu dan cara itu sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan rasa takut anak-anak dan tidak mencederakan mata.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Kongsi Kisah Anak Demam & Meracau Selepas Bawa Main Di Pantai

TRIK MUDAH POTONG RAMBUT ANAK GUNA FACE MASK

Berdasarkan video yang dimuat naik itu, jelas kelihatan anaknya bernama Medina menggunakan mask untuk menutupi bahagian mata dan ayahnya memotong rambut di bahagian hadapan. Selain itu, ia juga dapat memudahkan si ibu atau ayah untuk membuat kerja kerana anak-anak tidak bergerak akibat ketakutkan.

“Kali kedua Median try gunting guna mask. Alhamdulillah diam-diam dia suka lagi. Guna gunting atau mesin pun boleh. Ikut keselesaan,” jelasnya.

Setelah siap, Medina dengan gembira membuka mask tersebut dan tersenyum kerana gembira dengan hasil yang dilakukan oleh ayahnya. Comel betul ya!

“TERIMA KASIH BAGI IDEA, COMELNYA”

Video yang menerima 28,500 likes itu sudah pastinya dibanjiri komen daripada warganet yang rata-rata kaum ibu turut teruja melihat idea pintar dan bernas Sharifah Erna.

Jelas mereka lagi, idea tersebut juga boleh digunakan untuk mengelakkan mata terkena gunting ataupun mesin yang berbahaya.

Sumber: TikTok Sharifah Erna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×