Aktiviti sosial yang dibenarkan oleh kerajaan sebelum ini tentunya mendapat sambutan daripada orang ramai dan rata-rata semua keluar membawa anak masing-masing melihat dunia dan meneroka alam semulajadi. Namun, seperti kata orang tua-tua dahulu tidak semua tempat sesuai membawa bayi atau anak-anak yang masih kecil. Ini kerana, ada yang berpendapat tempat tersebut mempunyai ‘sesuatu’ dan akan memudaratkan kesihatan anak tersayang.
Baca juga: [VIDEO] “Allahu Main Sumbat Je”- Baby Baru Lahir Tapi Ibu Bangga Terus Suap Makanan!
IBU KONGSI KISAH ANAK DEMAM & MERACAU SELEPAS BAWA MAIN DI PANTAI
Begitulah yang dialami oleh si anak apabila selepas pulang dari pantai, keadaan dirinya menjadi serba tak kena dan asyik menangis seakan-akan ada sesuatu yang mengacaunya.
Menurut ibunya bernama Nina Suraya, si kecil yang berusia 2 tahun 9 bulan itu merupakan kali pertama mahu bermain air pantai tetapi hanya beberapa minit bermain anaknya terus menangis dan menjerit kerana ketakutkan.
“Mula-mula sampai dia elok main pasir. Lepas ajak main air dia seronok. 2-3 kali kena air terus menangis-nangis dan takut. Ummi buat tak tahu sebab ingatkan dia takut air. 2 tahun 9 bulan baru pertama kali main air pantai. Tengok dia takut, ummi ajak naik. Takut melarat,” jelasnya.
Nina juga memberitahu setibanya di rumah, anaknya menangis dan meragam tidak mahu makan ataupun susu. Dia juga muntah dan selama tiga hari tidak makan sebarang makanan. Menurut dakwaan bapa mertuanya, dia menjelaskan anak kecilnya itu terkejut kerana ‘disapa’ oleh seseorang semasa dia berada di pantai.
Walau bagaimanapun, keadaan beransur pulih dan dia juga makan dengan banyak sekali kerana terlalu kelaparan akibat tidak makan selama tiga hari.
“SAMA LA SAYA PUN MACAM ITU…”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ibu di luar sana turut mengalami situasi yang sama selepas membawa anak-anak mereka ke pantai. Kebanyakannya mereka akan demam dan menangis.
Ada juga yang memberi nasihat agar tidak membiarkan anak-anak bermain keseorangan jika itu merupakan pertama kali mereka keluar ke tempat tersebut.
Sumber: TikTok Nina Suraya