Sihat

10 Tips Bantu Tingkatkan Imunisasi Badan, Baru Lebih Kuat Dan Sihat Selalu

30
SHARES
TINGKAT IMUNISASI BADAN

Sistem pertahanan badan yang kuat mampu melindungi diri dari sebarang penyakit. Jadi, untuk tingkat imunisasi badan anda boleh cuba 10 cara paling senang seperti yang dikongsikan di bawah.

Dengan mengamalkan 10 tips ini, diri akan lebih kuat, cergas dan dapat melawan penyakit. Jangan sesekali ambil ringan mengenai kesihat diri kerana ia boleh membawa maut jika dibiarkan.

Baca juga: 8 Jenis Buah Yang Boleh Dikukus Ini Ternyata Memang Bagus Untuk Kesihatan

10 CARA PALING SENANG UNTUK TINGKAT IMUNISASI BADAN

TINGKAT IMUNISASI BADAN

1. Elak gula. Apa jua makanan atau minuman yang ada gula, elakkan.

2. Kurangkan sampai boleh stop makanan yang highly refined carb dan gluten.

3. Buat intermittent fasting atau puasa dengan konsisten. Bagi perut berehat sekurang-kurangnya ada 12 jam kosong, waktunya termasuk waktu tidur.

4. Makan lebih protein dan lemak in place of carbs, ganti nasi, roti, mee, kuetiau dan lain-lain. Tak larat makan daging banyak, ganti telur. Badan kita memerlukan protin dan lemak bukan gula.

5. Kalau mampu, amal suplemen yang bertujuan untuk tingkatkan imunisasi seperti anti oksidan. Pengambilan vitamin C kurang 100mg sehari dan suplemen imunisasi 500mg sehari. Jika tinggi dari yang disyorkan, dapatkan nasihat doktor.

6. Tingkatkan makanan yang lebih Omega 3 berbanding Omega 6. Cari suplemen minyak ikan yang tulen. Kandungan perlu 1000mg of minyak ikan mengandungi DHA/EPA, dan dalam bentuk triglycerides.

7. Jaga kesihatan usus besar dengan pengambilan probiotik. Farmasi ada jual bentuk tertentu seperti serbuk yang tak ada karbo. Nak bentuk natural, boleh cari Greek Yogurt tapi tak semua orang sesuai dairy product.

8. Utamakan pemakanan yang sebenar dan tradisional. Jangan makan fast food/junk food.

9. Dapatkan cahaya matahari sekurang kurangnya sejam sehari. Penting untuk sintesis Vitamin D dalam badan. Paling baik kalau masa briskwalk dan jogging sebelah pagi atau petang.

10. Minum air secukupnya tapi usah berlebihan. Banyakkan air kosong dari air merapu. Sejuk, suam dan panas tak apa, Jangan minum air mendidih pula.

Jika anda amalkan 1o cara di atas, pasti badan akan lebih sihat dan kuat. Cubalah!

Baca juga: Wah! Mandian Air Limau Boleh Naikkan Seri Muka, Bukan Hanya Untuk Masakan Je

Sumber: Facebook Azril Nizam Jamaludin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×