Sihat

Siapa Cakap Badan Chubby Tak Boleh Dapat Perut Kempis? Nah, Ini 9 Tips Kena Cuba!

9
SHARES
TIPS PERUT KEMPIS

Kata orang badan chubby dan gemuk susah nak dapatkan perut kempis. Betul ke? Sebenarnya, sesiapa sahaja boleh mendapatkannya tetapi perlu ikut tips perut kempis seperti yang dikongsikan di bawah.

Kini badan berisi bukan lagi penghalang untuk anda kekal sihat dan cantik. Ikuti perkongsian lengkap di bawah dan pastikan anda amal semua tips ya.

Baca juga: WAH! Tak Sampai Sebulan Confirm Seluar Londeh, Rupanya Sebab Minum Air Jus Ini

TIPS PERUT KEMPIS

1. Tambahkan aktiviti dalam kehidupan 

Tambahkan beberapa aktiviti lain seperti berjalan untuk membakar kalori dan mendapatkan perut kempis. Selain itu, pilih untuk menggunakan tangga berbanding lif.

2. Kurangkan pengambilan alkohol

Alkohol mengandungi 7 kalori setiap gram, jadi pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan perut buncit.

3. Minum kopi tanpa gula atau teh hijau

Badan berisi tapi nak perut kempis? Caranya adalah kurangkan pengambilan minuman bergula dan minum kopi tanpa gula atau teh hijau. Berkesan!

4. Hadkan pengambilan gula

Pengambilan gula secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik. Jadi, anda disyorkan untuk menghadkan pengambilan gula agar mendapat perut yang kempis.

5. Makan ikan tinggi lemak atau ambil minyak ikan

Anda disarankan untuk memakan ikan berlemak sekali atau dua kali seminggu. Asid lemak omega 3 dalam ikan boleh mengurangkan lemak di lapisan perut.

6. Cuba Intermittent fasting

Intermittent fasting adalah anda berpuasa mengikut jumlah masa yang ditentukan. Antara yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah berpuasa selama 16 jam dan makan selama 8 jam.

Secara amnya, ini menjadikan anda makan lebih sedikit dan kalori secara keseluruhan juga berkurangan.

7. Tidur yang mencukupi

Jumlah tidur yang cukup memainkan peranan penting untuk mendapatkan perut kempis. Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap hari.

Kajian mendapati masalah obesiti boleh berlaku sekirang kurang tidur.

8. Makan lebih telur 

Telur tinggi protein dan rendah kalori, dengan kira-kira 72 kalori dan 6 gram protein dalam satu telur besar. Beberapa kajian menunjukkan bahawa telur boleh membantu menyokong penurunan berat badan.

Kajian yang melibatkan lebih 2,200 orang dewasa mendapati bahawa mengambil sekurang-kurangnya satu telur setiap hari dikaitkan dengan risiko obesiti pusat sebanyak 34% lebih rendah dan risiko lebihan lemak badan sebanyak 38% lebih rendah.

9. Makan lebih banyak protein

Langkah terakhir untuk mendapatkan perut kempis adalah dengan meningkatkan pengambilan protein. Diet protein tinggi boleh mengurangkan selera makan dan meningkatkan rasa kenyang.

Selain itu, badan juga akan membakar lebih banyak kalori untuk mencerna protein daripada lemak atau karbohidrat. Protein membantu mengekalkan jisim badan tanpa lemak semasa penurunan berat badan, yang boleh membantu mengekalkan metabolisme.

Jumlah protein yang anda perlukan bergantung pada banyak faktor, seperti umur, jantina dan tahap aktiviti seseorang.

Jadi, tiada lagi masalah perut buncit walaupun anda memiliki badan chubby.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustaz Azhar Idrus Kongsi Penawar Darah Tinggi & Kencing Manis Guna Buah Lemon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×