Asuh

Sebelum Nak Anak Tidur Awal, Ibu Ayah Kena Belajar Cara Disiplinkan Si Kecil Dulu

CARA DISIPLINKAN ANAK

“Hmm asyik tidur lewat je si kecil ni. Macam mana cara disiplinkan anak paling berkesan..”

Tak mudah sebenarnya nak disiplinkan si kecil kerana pada awal usia inilah mereka mula belajar sesuatu yang baru sehingga memilih untuk bersengkang mata.

Rata-ratanya gemar menonton video kartun di telefon bimbit sehingga ibu ayah terpaksa menggunakan kekerasan untuk menyuruh anak tidur. Jangan risau, perkara ini dapat ditangani dengan menggunakan cara di bawah.

Baca juga: 2 Jam Sebelum Anak Tidur, Ibu Ayah Jangan Buat 5 Aktiviti Ini. Confirm Lena!

CARA DISIPLINKAN ANAK, BARU SI KECIL BOLEH TIDUR AWAL

CARA DISIPLINKAN ANAK

Nak tahu rahsia si kecil mudah bekerjasama? Ibu ayah kena faham cara otak anak berfungsi. Jom baca.

Kena buat PREP dengan anak.

P: Plan ahead

R: Reveal plan

E: Explain plan

P: Put them in charge

1. Sentiasa usaha nak tahu & faham semua benda 

Ini bermakna ibu bapa perlu memberitahu lebih awal sebelum melakukan sesuatu perkara bersama anak.

2. Beritahu dengan jelas 

Penjelasan perlulah diberikan dengan jelas mengikut fahaman anak kerana sebahagian kawasan otak masih belum berkembang elok.

Untuk anak mudah faham, guna ayat atau perkataan yang anak boleh gambarkan (visual aid):

“Lepas makan nasi, kita tengok Cocomelon. Bila jarum jam dekat nombor 9, kita say “bye-bye cocomelon. Jumpa esok.” Kita lumba lari masuk bilik tidur..”

Jangan membebel: “Malam ni kena tidur cepat. Hari-hari tidur lambat not good tau tak?”

Jangan buat kejutan (main terjah): “Dah..dah. Dah lewat dah ni. Mama tutup TV sekarang. Esok pulak tengok.” Confirm anak mengamuk.

3. Anak tengah obses nak kawal semua benda 

Mereka sedang aktif menjelajah dan melakukan eksperimen dengan konsep interaksi sosial, respon emosi dan an nak ada kuasa mengawal macam dia lihat ada pada orang dewasa.

Maka, penting libatkan anak dalam tindakan anda supaya mereka rasa penting dan berguna. Tapi, syaratnya:

Hanya libatkan atau beri kuasa kecil sahaja. Misalnya dalam contoh skrip di beri:

“..pilih: nak mama peluk sambil nyanyi atau peluk je tak payah nyanyi? “

Hadkan pilihan kuasa kepada 2 atau 3 sahaja. Jika tak sampai sudah tak habis berunding.

Nak disiplinkan kanak-kanak itu tak susah, hanya perlu guna ayat dan perkataan yang sesuai sahaja. Baru nampak seronok.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan Bimbang, Nampak Bahaya Tapi Tanda-Tanda Ini Normal Untuk Bayi Baru Lahir

Sumber: Facebook Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×