Asuh

Otak Si Kecil Berkembang Kalau Bawa Pergi Zoo, Lagi Awal Lagi Bagus!

12
SHARES
MANFAAT PERGI ZOO

Kalau pergi zoo, pasti macam-macam bau ada kan? Sebenarnya, antara manfaat pergi zoo adalah anak boleh mengenali bau melalui deria.

Selain bau, si kecil juga boleh mengenali warna dan tekstur setiap binatang di dalam zoo. Ini bermakna lebih awal anak diperkenalkan dengan zoo, maka lebih bagus perkembangan diri mereka. Jadi, memang tak rugi!

Baca juga: Jaga Kucing Rupanya Boleh Rangsang Kemahiran Motor Anak, Memang Tak Sangka!

MANFAAT PERGI ZOO DENGAN ANAK, RUGI KALAU TAK CUBA

MANFAAT PERGI ZOO

1. Dapat melihat haiwan di depan mata

Biasanya pasti kanak-kanak hanya melihat haiwan melalui telefon sahaja. Inilah masa paling sesuai untuk menunjukkan kepada mereka bahawa semua haiwan tersebut wujud.

Lebih menarik lagi, si kecil boleh mengenali nama binatang dengan lebih mendalam lagi. Wah seronoknya!

2. Boleh melihat kepelbagaian warna

Selain itu, antara manfaat anak pergi zoo adalah boleh mengenali pelbagai warna. Ibu ayah boleh memberitahu mereka warna-warna yang ada di setiap haiwan di sana.

3. Lebih berdisiplin

Kanak-kanak perlu menghormati haiwan walaupun berada di dalam sangkar. Mereka perlu mematuhi peraturan zoo supaya tidak mengganggu haiwan.

Sikap berdisiplin ini boleh dibawa pulang dan ibu ayah juga boleh mengajar anak-anak agar sentiasa kasihan terhadap haiwan.

4. Dapat mengenali tingkah laku & habitat haiwan

Lawatan ke zoo sudah tentunya lebih seronok apabila anak dapat melihat sendiri tingkah laku haiwan. Walaupun sesetengah haiwan dikurung di dalam sangkar namun persekitarannya memberikan gambaran habitat semula jadi mereka.

Melihat haiwan berkeliaran di dalam persekitaran yang hampir sama dengan semula jadi adalah pengalaman pembelajaran yang sangat besar untuk kanak-kanak.

5. Menggunakan semua deria

Di zoo, kanak-kanak boleh belajar dengan lebih baik menggunakan semua deria. Ini kerana si kecil dapat melihat, mendengar, menyentu dah menghidu bau.

Jadi, zoo adalah tempat terbaik untuk anda belajar mengenai dunia haiwan.

6. Dapatkan kurangkan screen time anak

Kajian mendapati lebih 42% kanak-kanak berumur antara 4 hingga 14 tahun menghabiskan lebih 30 jam seminggu menggunakan telefon.

Untuk mengurangkan screen time mereka, ibu ayah boleh membawa anak melawat zoo. Hal ini kerana zoo merupakan tempat paling sesuai melakukan aktiviti luar yang tidak menggunakan telefon.

7. Buatkan anak lebih berani

Si kecil akan berpeluang menyentuh burung, arnab, ayam dan haiwan lain yang ada di zoo, ini akan menyebabkan mereka lebih berani dan mencintai haiwan.

SENARAI ZOO & TAMAN HAIWAN DI MALAYSIA

Berikut merupakan beberapa senarai zoo dan taman haiwan yang boleh dikunjungi:

  • Zoo Negara
  • Langkawi Wildlife Park
  • Farm In The City
  • Zoo Taiping & Night Safari
  • Lok Kawi Wildlife Park
  • KL Tower Mini Zoo
  • Zoo Johor
  • Sunway Wildlife Zoo
  • Zoo Melaka
  • Crocodile Adventureland Langkawi

Jangan lepaskan peluang untuk membawa anak melawat zoo ya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak Ada Jalan Senang, Ibu Ayah Jangan Terpedaya Suplemen Anak Kunyah Jadi Bijak

Sumber: Winmore Academy & Facebook Momo House

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×