Asuh

Tak Ada Jalan Senang, Ibu Ayah Jangan Terpedaya Suplemen Anak Kunyah Jadi Bijak

18
SHARES
suplemen anak

Ibu ayah pasti pernah dengar suplemen yang dikatakan boleh membantu untuk menjadi lebih bijak. Perlu diingatkan agar tidak mengambil ringan perkara ini kerana tidak ada sebarang suplemen anak untuk menjadi pandai melainkan usaha.

Perkara ini sudah tentunya mendapat perhatian Public Health Malaysia dan menasihati agar ibu bapa tidak percaya dengan sebarang bentuk promosi.

Baca juga: 2 Jam Sebelum Anak Tidur, Ibu Ayah Jangan Buat 5 Aktiviti Ini. Confirm Lena!

JANGAN PERCAYA SUPLEMEN ANAK KUNYAH JADI PANDAI

suplemen anak

Antara contoh promosi yang dilakukan untuk menjual suplemen anak adalah dengan menyatakan hanya beberapa hari sahaja makan, anak akan ada perubahan dari segi tingkah laku, menjadi lebih bijak, rajin belajar, mudah bangun pagi dan fokus di dalam kelas.

Semua perubahan positif di atas sudah tentunya mampu menarik minat ibu bapa untuk membelinya dan diberikan kepada anak. Lebih menyedihkan apabila ada guru-guru turut mempromosikan produk ini di media sosial masing-masing.

Bukan itu sahaja, suplemen anak ini juga dijual tanpa pengawasan di sekolah. Ada ibu bapa mengadu, anak bawa pulang brosure dan merengek mahukan pil bijak kerana kawan kawan yang lain sudah menggunakannya.

Harga suplemen anak tidak murah dan ada baiknya jika ibu ayah menggunakan wang tersebut untuk membeli makanan berkhasiat.

Ingat ya, tiada jalan mudah untuk berjaya. Tiada suplemen anak kunyah jadi bijak seperti yang diwar-warkkan. Kejayaan tidak akan datang bergolek dengan mudah,

10 TIPS ANAK BIJAK TANPA SUPLEMEN

  1. Selalu membaca buku dengan anak.
  2. Luangkan masa untuk bermain mainan tidak berstruktur.
  3. Biarkan anak buat kesalahan untuk pengajaran.
  4. Biarkan anak bergerak bebas melakukan sebarang aktiviti.
  5. Makan malam bersama.
  6. Tidur malam lebih awal.
  7. Bagi kerja rumah.
  8. Buat aktiviti yang menggunakan otak seperti main chess.
  9. Daftarkan kelas alatan muzik.
  10. Meneroka zoo, musuem dan lain-lain.

Sekiranya ingin anak pandai, didiklah dengan betul. Ibu bapa yang bijak tidak akan membeli suplemen kunyah jadi bijak.

Semoga bermanfaat!

Kredit foto: Henry Ford Health

Baca juga: Tips Paling Berkesan Ajar Anak Baca Buku Bahasa Inggeris, Confirm Si Kecil Suka!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia & Connections Academy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×