Asuh

Tak Susah Pun Sebenarnya Buat Anak Suka Mengaji, Ibu Ini Kongsi 10 Tips Didik Dari Kecil

15
SHARES

Anak merupakan anugerah Allah dan sebagai ibu bapa perlulah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan betul dan baik. Antara tanggungjawab perlu dipastikan ialah mendidik anak tentang agama Islam seperti ajar solat dan mengaji.

Tanggungjawab itu pasti tidak mudah untuk dilaksanakan kerana anak kecil lebih gemar menonton kartun dan itu merupakan satu cabaran buat ibu bapa untuk memujuk mereka agar suka mengaji. Tak susah pun sebenarnya, jom baca perkongsian Dr Farhuda Zulaikha tentang 10 tips anak suka mengaji sejak kecil. Mudah dan berkesan!

Baca juga: Berat Badan Anak Susah Naik, Ibu Ini Kongsi Rahsianya. Menjadi!

TAK SUSAH PUN SEBENARNYA BUAT ANAK SUKA MENGAJI, IBU INI KONGSI 10 TIPS

Tak susah sebenarnya nak buatkan anak-anak suka mengaji. Ini antara tips mudah.

1. MULA PERKENALKAN ANAK KEPADA HURUF HIJA’IYAH SEAWAL USIA 

Boleh jadi melalui flashcard, puzzle, lagu, video atau buku iqra’ terus. Game pun ada tau.

2. PERKENALKAN DENGAN SILIBUS MENGAJI YANG MUDAH 

Ada banyak pilihan di luar dan kalian boleh survey serta buat pilihan sendiri. Ada yang diterbitkan dalam bentuk buku, flashcard, video dan macam-macam lagi. Antara silibus yang terbaik adalah Iqra’. Susunan content bagi setiap tahap Iqra’ sangat mudah untuk diikuti oleh anak kecil. Tidak terlalu complicated dan tidak juga terlalu pack bagi satu-satu muka surat.

3. BELIKAN KELENGKAPAN MENGAJI ANAK-ANAK SENDIRI

Jika punya 3 orang anak yang masih mengaji iqra’, belikan 3 iqra’ berbeza buat mereka. Sertakan jua dengan rehal/penunjuk al-Quran. Percayalah mereka akan lebih teruja nak mengaji menggunakan barang mereka sendiri. Tanyakan pendapat mereka, rehal warna apakah yang menjadi pilihan hati. Raikan.

Jika anak yang sudah naik al-Quran, cuba belikan mereka al-Quran yang telah dipecahkan kepada naskhah-naskhah kecil mengikut juzuk. Selain mudah untuk dibawa ke mana-mana, ia juga menjadi motivasi buat si anak untuk menghabiskan bacaan kemudiannya boleh naik ke juz selepasnya.

4. REWARD SYSTEM

Kenalkan anak kepada sistem reward. Tidak perlu yang mahal, cukup walau sekadar sticker yang ditampal di helaian yang telah lancar bacaannya. Tuliskan bersama tarikh sekali. Semua sticker ini saya dapatkan di MR. DIY sahaja dan murah. Tapi excitednya mereka tu boleh dilihat dari senyuman yang berseri-seri. Siap berebut nak pilih sticker yang mana.

Nanti lama-lama (bila mereka semakin besar) apabila mereka mampu naik bacaan kepada tahap yang seterusnya (eg, naik iqra’ atau naik juz), hadiahkan mereka benda yang lebih significant. Contoh hadiah yang lebih besar daripada sticker adalah buku, mainan, boleh pilih movie untuk tontonan atau sebagainya. Nampak macam mengajar anak mengaji tak ikhlas kan, tapi percayalah it works!

Dahulu semasa masih kecil dan ketika baru mula-mula belajar mengaji, anak-anak sangat teruja untuk dapatkan reward sticker itu, namun percayalah, semakin lama nanti mereka dah tak kisah pun dengan reward system. Yang mereka tahu, setiap hari kena mengaji dan hari ini bacaan mengaji haruslah lebih baik dari semalam. Boleh juga selitkan mengaji dalam logbook daily activities. Hadiahkan sticker pada logbook mereka jika berjaya laksanakan task.

5. TETAPKAN WAKTU YANG KONSISTEN UNTUK SESI MENGAJI 

Orang selalu kata 3 aktiviti keluarga ini kalau boleh cuba kita laksanakan setiap hari untuk tautkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

i. Makan bersama

ii. Solat bersama

iii. Menonton bersama

Kali ini kita tambah pula lagi satu iaitu mengaji. Cuba kalian wajibkan waktu mengaji setiap hari. Tidak dapat tidak kena pastikan seisi rumah mengaji setiap hari. Waktu yang terbaik adalah selepas Maghrib kerana pada waktu ini ibu ayah yang bekerja pun biasanya sudah sampai di rumah.

Awal-awal nanti memang terasa berat tapi lama-lama nanti alah bisa tegal biasa. Apabila ia dijadikan rutin, anak-anak pun automatik akan terus ambil Iqra’ atau Al-Quran sebaik sahaja habis solat tanpa perlu disuruh pun.

6. CERITAKAN GANJARAN PAHALA MENGAJI 

Ajarkan pada anak-kenapa perlu mengaji. Apa ganjaran yang akan diperoleh sekiranya kita selalu mengaji. Apakah kelebihan membaca surah tertentu dan ceritakan juga bacaan doa yang dipetik daripada ayat al-Quran bersama maksudnya sekali.

7. CERITAKAN IBRAH DAN PENGAJARAN DARI SETIAP SURAH. 

Anak-anak lebih suka teknik penceritaan secara santai atau storytelling. Banyak kisah menarik yang boleh diceritakan kepada anak-anak. Mulakan sahaja dengan surah-surah lazim. Tidak perlu setiap hari pun, boleh jadi seminggu sekali atau sebulan sekali. Jika kita mampu hidupkan kisah semasa kita kecil, boleh sahaja kita hidupkan macam-macam cerita yang terkandung dalam al-Quran itu juga sebenarnya.

8. PERDENGARKAN BACAAN AYAT QURAN SEJAK DALAM KANDUNGAN

Ibu yang mengandung digalakkan mengaji setiap hari. Antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca ketika hamil ialah surah Luqman, Surah Yusuf dan Surah Maryam.

Boleh juga menggunakan adjustable headphone yang boleh dipasang pada perut ketika hamil. Ketika anak sudah besar sedikit, kalian bukalah video mengaji kanak-kanak di YouTube. Macam-macam pilihan ada termasuklah cerita kartun namun backgroundnya adalah bacaan ayat al-Quran. Percaya atau tidak, anak-anak pun mudah menghafal surah yang kerap mereka tonton dan dengar.

9. DOA IBU DAN AYAH 

Rugi sekiranya kita tidak manfaatkan kelebihan doa oleh ibu ayah. Berdoalah apa sahaja untuk anak kalian setiap hari, jangan lupa untuk doakan mereka agar menjadi golongan yang cintakan al-Quran.

10. CONTOH TERDEKAT 

Akhir sekali, ibu ayahlah yang harus memainkan peranan penting untuk menjadi contoh yang baik. Amatlah tidak patut kita menyuruh anak kita mengaji setiap hari namun kita sendiri yang culas. Sebolehnya mengajilah kalian pada waktu yang sama mereka mengaji. ‘Riak’ dan mengajilah di hadapan mereka.

Demi mengajar anak-anak mengaji, ibu bapa kena paksa diri setiap hari sehingga istiqamah dan percayalah bila setiap hari mengaji, pasti tak lengkap jika tak mengaji walau satu hari.

Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Dr Farhuda Zulaikha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×