Asuh

Jaga Kucing Rupanya Boleh Rangsang Kemahiran Motor Anak, Memang Tak Sangka!

19
SHARES
MANFAAT JAGA KUCING

Kucing merupakan haiwan peliharaan kesukaan ramai. Selain comel, manfaat jaga kucing bagi orang dewasa adalah boleh mengurangkan tekanan. 

Menerusi perkongsian Dr Ahmad Samhan di laman Twitternya, kucing juga boleh memberi kebaikan kepada kanak-kanak. Wah, tak sangka kan? Jom baca.

Baca juga: Nampak Sedap Tapi Trend Jual Air Balang Dalam Akuarium Boleh Undang Kanser!

BUKAN SETAKAT COMEL, INI MANFAAT JAGA KUCING ANDA KENA TAHU

MANFAAT JAGA KUCING

Ini manfaat pelihara haiwan bagi orang dewasa:

Bagi kanak-kanak, pelihara kucing atau haiwan sebenarnya ada banyak manfaat yang kita pun tidak pernah terfikir. Ini manfaat jaga atau pelihara haiwan bagi kanak-kanak:

1. Ajar anak berdisiplin

Contohnya, mereka perlu mengetahui cara penjagaan haiwan yang betul seperti waktu memberikan haiwan makan, waktu tidur haiwan dan juga waktu memandikan haiwan peliharaan.

2. Semai rasa tanggungjawab & belas kasihan

Haiwan peliharaan memerlukan perhatian dan penjagaan daripada individu yang membela mereka. Hal ini sedikit sebanyak dapat membangkitkan rasa tanggungjawab dalam kalangan kanak-kanak terutama semasa peringkat awal kehidupan mereka.

3. Tingkat keyakinan diri

Contohnya, jika mereka sudah pandai memberikan makanan atau minuman kepada haiwan kesayangan, anak akan menganggap itu sebagai suatu pencapaian untuk mereka.

Tambahan pula jika ada yang memuji haiwan mereka comel atau lain-lain ucapan yang positif. Bagi mereka itu adalah suatu kejayaan memandangkan merekalah yang menjaga haiwan tersebut.

4. Rangsang kemahiran motor

Kanak-kanak akan terdorong untuk lebih banyak bergerak dan aktif sekali gus dapat meningkatkan lagi kemahiran motor mereka.

5. Masa terisi bukan dengan gajet sahaja

Jika memelihara haiwan peliharaan, masa anak anda akan terisi dengan perkara lain selain daripada televisyen dan gajet.

6. Belajar benda baharu

Semasa memelihara haiwan, kanak-kanak akan turut berminat untuk mengetahui segala hal berkenaan haiwannya. Contohnya, bagaimana untuk menjaga bulu haiwan, bagaimana untuk membiakkan haiwan, bagaimana untuk menjaga haiwan yang sakit dan sebagainya.

Hal ini akan membuat minda seorang kanak-kanak lebih berkembang untuk memahami kitaran hidup haiwan kesayangan mereka sekali gus meluaskan lagi pengetahuan mereka.

7. Sebagai penghibur hati

Di kala suka, duka atau marah, kanak-kanak pasti akan mendapatkan haiwan peliharaannya dulu bagi menceritakan perasaannya. Menurut kajian, haiwan mempunyai aura yang membawa rasa ketenangan kepada manusia.

Jadi, boleh lah beri anak jaga kucing di rumah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Asyik Sakit Tengkuk & Susah Tidur, Rupanya Ini Tanda Gejala Somatik. Baru Tahu!

Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×