Nur

Ketagih Tiap Hari Nak Tengok Video Luca* Sampai Lupa 8 Kesan Buruk Ini, Takutnya!

5
SHARES
KETAGIHAN PORNOGRAFI

Ketagihan pornografi merupakan satu perkara serius dan perlu dielakkan. Hal ini kerana menonton video lucah dalam kehidupan boleh menyebabkan kesan buruk seperti yang dikongsikan di bawah.

Walaupun rata-rata mengetahui menonton video tidak bermoral adalah berdosa namun masih ramai lagi yang tidak mengambil berat.

Baca juga: 6 Situasi Buka Aib Yang Dibenarkan Dalam Islam, Jangan Asyik Cerita Buruk Orang!

KESAN BURUK KETAGIHAN PORNOGRAFI, JANGAN TENGOK!

KETAGIHAN PORNOGRAFI

1. Jauh daripada rahmat Allah

Melihat video lucah adalah satu tindakan yang berdosa dan tidak bermoral. Dalam al-Quran ada menyebut agar menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar terutamanya berzina atau melihat orang melakukan maksiat.

Perkara ini sekali gus akan menyebabkan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT hilang. Bukan itu sahaja, bahkan hati juga akan menjadi gelap.

2. Boleh menyebabkan masalah mental

Kajian mendapati menonton pornografi dengan kerap dapat menyebabkan masalah mental seperti kemurungan.

3. Membawa kepada aktiviti negatif lain

Seterusnya, antara kesan buruk ketagihan pornografi adalah risiko melakukan perkara negatif lain semakin tinggi. Ini bermakna, anda berkemungkinan cendurung untuk melancap bagi melepaskan hawa nafsu.

4. Emosi tak stabil

Ketagih menonton pornografi adalah sama seperti seseorang itu ketagih kepada dadah. Ini kerana ketika menonton video lucah, hormon dopamine akan meningkat.

Jadi, emosi sesorang tidak akan stabil dan asyik mudah marah sekiranya tidak menonton video lucah. Bahayanya!

5. Tak bernafsu dengan isteri sendiri

Sekiranya anda sudah berkahwin, jangan sesekali menonton video tidak bermoral. Hal ini kerana boleh menyebabkan minat kepada isteri sendiri makin berkurangan.

Perkara ini perlu dielakkan supaya isu mengenai keretakan rumah tangga dapat dibendung.

6. Punca melakukan jenayah

Lebih merisaukan apabila terlalu banyak menonton video lucah, boleh menyebabkan anda melakukan jenayah seperti merogol. Hal ini terjadi kerana ingin memenuhi nafsu sendiri tanpa memikirkan orang lain.

7. Mati pucuk

Lelaki yang menonton pornongrafi terlalu banyak lebih cenderung untuk mengalami masalah mati pucuk.

8. Ganggu urusan harian yang lain

Akhir sekali, ketagihan pornografi boleh mengganggu urusan kehidupan. Minda asyik memikirkan perkara kotor sehingga semua perkara boleh terbayang-bayang tentang seksual sahaja.

Jadi, jauhkanlah diri anda daripada menonton sebarang bentuk video lucah kerana tidak mendatangkan faedah sama sekali.

Baca juga: Mula-Mula Kawan Sahaja Tapi Tersuka Pula, Ini Hukum Mencintai Suami Orang Dalam Diam

Sumber: FTND & Tazkirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×