Sihat

Jom Ikut Teknik Periksa Denyut Nadi Sendiri Di Rumah Ini, Boleh Buat Waktu Kecemasan!

57
SHARES
CARA PERIKSA DENYUT NADI

Memeriksa nadi boleh menjadi salah satu cara untuk mengetahui keadaan kesihatan seseorang. Ini kerana mengira kiraan nadi adalah sama dengan mengira kadar denyutan jantung.

Jadi, sekiranya anda ingin tahu cara periksa denyut nadi sendiri di rumah, di bawah ini kami kongsikan caranya. Memang mudah sahaja untuk dilakukan dan penting untuk dipraktikkan sewaktu kecemasan seperti pengsan.

Baca juga: Kerap Sakit Lutut & Kebas Kaki Tangan, Minum Air Rebusan Buang Angin Ini, Cepat Lega!

CARA PERIKSA DENYUT NADI DI RUMAH, PENTING & BERGUNA

CARA PERIKSA DENYUT NADI

Boleh membaca kiraan nadi di tangan dan leher.

Untuk mencari nadi di tangan adalah: 

1. Untuk periksa denyut nadi di tangan, caranya adalah menggunakan stopwatch.

2. Langkah pertama, letakkan hujung jari telunjuk dan tengah pada pergelangan tangan.

3. Pastikan tapak tangan ke atas dan tekan pergelangan tangan menggunakan dua jari iaitu telunjuk dan jari tengah.

Untuk mencari nadi di leher: 

1. Tekan menggunakan jari pertama dan jari tengah di bahagian tepi leher dan tepat di bawah rahang.

2. Tekan perlahan-lahan untuk merasakan nadi. Jika tidak menemuinya, cuba tekan lebih kuat atau gerakkan jari anda.

3. Letakkan dua jari dan kira selama 15 saat menggunakan stopwatch.

4. Darabkan hasil denyut nadi dengan angka 4. Contohnya adalah jika dalam 15 saat denyut nadi berjumlah 19, ini bermakna anda perlu darabkan dengan 4. Maka hasilnya adalah 76.

KADAR DENYUTAN NORMAL

CARA PERIKSA DENYUT NADI

Kebanyakan orang dewasa mempunyai kadar denyutan jantung antara 60 dan 100bpm. Semakin anda cergas, semakin rendah kadar denyutan semasa berehat. Sebagai contoh, atlet mungkin mempunyai kadar denyutan jantung 40 hingga 60bpm atau lebih rendah.

Senaman, kafein, rokok, amfetamin, anemia dan alkohol merupakan antara faktor denyut nadi berdegup kencang.

Bacaan nadi rendah juga boleh disebabkan oleh penyakit jantung, kegagalan jantung, penyakit pembuluh darah, dan darah beku di kaki dan lengan.

Sekiranya kadar denyutan jantung melebihi 120bpm atau di bawah 60bpm, dapatkan rawatan doktor.

Semoga artikel ini meberi manfaat kepada pembaca semua.

Baca juga: 3 Cara Periksa Payudara Sendiri Di Rumah, Jangan Lupa Buat Setiap Bulan

Sumber: NHS & HaloDoc

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×