Famili

Mainan Sendiri Banyak Tapi Si Kecil Tetap Suka Main Barang Rumah, Rupanya Sebab Ini…

3
SHARES
mainan bayi

Sudah dibelikan pelbagai jenis mainan bayi yang menarik sampai penuh rumah, kesudahannya si kecil suka bermain dengan kunci rumah atau remote control televisyen sahaja. Pelik juga dibuatnya bukan? Bukan itu sahaja, semua peralatan rumah yang lain pun membuatkan si kecil tertarik untuk bermain.

Nampaknya, kalau situasi ini berterusan, mak ayah tidak perlu membeli terlampau banyak mainan untuk si kecil dan hanya biarkan mereka bermain dengan barang rumah sahaja. Jimat!

Baca juga: Biarkan Anak Ralit Main Tanah, Mama Mesti Terkejut Anak Mudah Tidur Awal Malam Nanti!

Kenapa bayi suka main barang rumah dari mainan bayi itu sendiri?

mainan bayi

Ramai dalam kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya, walaupun sudah menyediakan pelbagai jenis mainan yang best-best tetapi si kecil masih suka juga main barang rumah yang lain. Kenapa?

Untuk pengetahuan anda, bayi sentiasa perhatikan kita menggunakan barang-barang di sekeliling. Sebab itulah, mereka cenderung untuk meniru tingkah laku kita.

Bila bayi sering perhatikan kita selalu menggunakan barang rumah seperti:

-Kunci

-Remote TV

-Senduk

-Bekas makanan

-Sudu

Si kecil ini akan berasa sangat curious dan timbul keinginan untuk bereksplorasi dengan peralatan yang digunakan oleh kita tersebut.

Secara diam-diam, mereka akan meniru aksi kita. Kalau kita memasak, mereka pun sibuk nak ikut pegang senduk.Oleh sebab itulah, mak ayah kena berhati-hati dengan barangan rumah yang berbahaya dan perlu disimpan di tempat yang selamat.

Jadi, ini menjadi penanda aras kepada mak ayah yang suka menghabiskan masa dengan telefon bimbit. Kalau si kecil tertarik untuk bermain dengan telefon, maknanya mak ayah kena kurangkan bermain telefon selepas ini.

Habiskan masa dengan memegang buku atau membaca supaya anak-anak pun terbiasa dan mempunyai rasa ingin tahu dengan buku pula.

*Diingatkan kepada ibu bapa jika anak suka bermain dengan barang rumah, sanitasi perlu dilakukan dengan kerap kepada barang tersebut kerana sudah disentuh oleh orang yang berbeza.

mainan bayi

Baca juga: 12 Teknik Rangsangan Seperti ‘Magic’ Supaya Anak Boleh Bercakap Seawal Usia 9 Bulan

Sumber: Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×