Famili

Keluarga Toksik Adalah Realiti Yang Ramai Tak Sedar, Ini Tanda Anda Kena Awasi

2
SHARES
orang toksik

Mempunyai orang sekeliling yang sentiasa berfikiran positif dan menyokong kita amatlah penting untuk menaikkan semangat. Namun, berbeza apabila orang toksik berada di persekitaran dan memburukkan keadaan lagi apabila keluarga kita sendiri mempunyai ciri-ciri toksik ini.

Kecoh mengenai isu kekeluargaan yang melanda salah seorang selebriti popular negara, ramai yang turut meluahkan bahawa ada juga dalam kalangan ahli keluarga mereka yang mempunyai sifat ‘iri hati’ dengan darah daging sendiri. Oleh itu, mari kita lihat apakah tanda-tanda keluarga toksik yang anda kena awasi.

Baca juga: Terlampau Rasa Diri Istimewa, Tak Kisah Lelaki Atau Perempuan Anda Ada ‘Princess Syndrome’!

ORANG TOKSIK ADA DI SEKELILING TERMASUK KELUARGA SENDIRI?

orang toksik

Keluarga toksik merujuk pada lingkungan keluarga yang penuh dengan perilaku negatif, konflik, dan hubungan yang tidak sehat, seringkali memberi kesan buruk pada kesejahteraan anggotanya.

Perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga adalah satu perkara normal. Tetapi jika persekitaran toksik dalam keluarga berlaku secara berterusan, ia akan menyebabkan bebanan kesihatan mental yang parah.

Tanda-tanda keluarga toksik:

-Memanipulasi anda untuk buat anda rasa bersalah

-Mereka merendahkan dan memalukan anda

-Kerap membanding-banding

-Enggan bertanggungjawab dengan kesilapan sendiri

-Menyebabkan bebanan ekonomi dan kewangan

-Selalu memberi kritikan sehingga rasa rendah diri

-Penderaan fizikal, mental dan emosi

*Cari seseorang yang anda percayai untuk anda luahkan perasaan dan dapatkan bantuan jika anda memerlukan sokongan. Jangan dipendam kerana akan menyebabkan luka yang lebih parah..

orang toksik

Baca juga: Rasa Diri ‘Gah’ & Lebih Bagus, Kenali Personaliti Narsistik Kerana Anda Mungkin Orangnya!

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×