Nak tawan hati pasangan perlulah cara betul dan ada baiknya sekiranya menggunakan tip rumah tangga bahagia seperti gaya Nabi Muhammad SAW menawan hati isterinya.
Di bawah ini penulis kongsikan penulisan Ustazah Asma Harun mengenai amalan Baginda SAW dengan isteri dalam memastikan keluarga kekal bahagia.
Baca juga: Rupanya Ini Hukum Letak Barang Atas Al-Quran, Dah Ramai Yang Selalu Buat
TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA, GAYA NABI SAW TAWAN HATI PASANGAN
Sebenarnya, banyak lagi cara romantik dengan isteri dan keluarga di rumah. Ini antara amalan Baginda SAW dengan isteri. Buat semua pasangan, semoga ikatan rumah tangga kasih sayang yang terjalin seentiasa subur mewangi hingga Syurga.
1. Rasulullah SAW & isteri berkongsi makanan
Daripada Saidatina Aisyah RA, beliau menceritakan:
كُنْتُ أَشْرَبُ وَأَنَا حَائِضٌ ثُمَّ أَناوِلُهُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ فَيَشْرَبُ. وَأَتَعَرَّقُ الْعَرْقُ وَأَنا حَائِضٌ. ثُمَّ أُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ.
Maksudnya: “Pernah aku minum air, dan pada ketika itu aku haid. Kemudian aku berikan bekas minuman itu kepada Nabi lantas Baginda meletakkan mulutnya di tempat mulutku tadi lalu minum. Pernah juga aku makan daging, dan pada ketika itu aku haid. Kemudian aku berikannya kepada Nabi lantas Baginda meletakkan mulutnya di tempat mulutku.” (HR Muslim, hadis sahih)
2. Saidatina Aisyah RA pakaikan wangian pada Rasulullah SAW
Daripada Saidatina Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW, katanya:
كُنْتُ أُطيِّبُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِإِحْرَامِهِ حِينَ يُحْرِمُ، وَلِحَلِّهِ قَبْلَ أَنْ يَطُوفَ بِالْبَيْت.
Maksudnya: “Dulu aku memakaikan wangian pada Rasulullah sempena mengerjakan ihram sebelum Baginda berihram. Begitu juga sempena tahalul sebelum Baginda bertawaf di Baitullah.” (HR Bukhari, hadis sahih)
3. Rasulullah SAW gosok gigi sebelum jumpa isteri
Daripada Al-Miqdam bin Syuraih, daripada ayahnya, “Ayah pernah bertanya Saidatina Aisyah RA:
بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ يَبْدَأُ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ؟ قَالَتْ: بِالسَّوَاكِ
Maksudnya: “Apa yang Nabi SAW lakukan terlebih dahulu ketika hendak masuk ke rumahnya?” Beliau menjawab, ‘Bersiwak!” (HR Muslim, hadis sahih)
4. Rasulullah SAW bantu isteri di rumah
Daripada Al-Iswad bin Yazid RA berkata, beliau bertanya kepada Saidatina Aisyah RA:
مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي الْبَيْتِ؟ قَالَتْ: كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ. فَإِذَا سَمِعَ الْأَذَانَ خَرَجَ
Maksudnya: “Apa yang Nabi SAW buat ketika berada di rumah?’. Beliau pun menjawab, ‘Baginda membantu kerja isterinya. Kemudian sebaik mendengar azan, Baginda pun keluar.” (HR Bukhari, hadis sahih)
5. Isteri Rasulullah SAW sangat prihatin dengan tabiat Baginda
Daripada Saidatina Aisyah RA, katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Maksudnya: “Nabi SAW sangat suka melakukan sesuatu bermula dengan kanan, baik ketika memakai kasut, menyikat rambut, bersuci dan dalam apa sahaja urusannya.” (HR Al-Bukhari, hadis sahih)
6. Rasulullah SAW gunakan panggilan mesra
Daripada Saidatina Aisyah RA, katanya Rasulullah SAW bertanya kepadanya:
مَا لَكَ؟ يَا عَائِشُ، حَشْيَا رَابِيَةً
Maksudnya: “Wahai Aisy, mengapa dengan awak ini? Tercungap-cungap nampaknya!” (HR Muslim, hadis sahih)
7. Rasulullah SAW tidak pulang mengejut
Daripada Anas RA,
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَطْرُقُ أَهْلَهُ. كَانَ لَا يَدْخُلُ إِلَّا غُدْوَةً أَوْ عَشِيَّةً
Maksudnya: “Nabi tidak pernah pulang ke pangkuan keluarganya secara mengejut malam-malam. Baginda tidak akan sampai di rumah melainkan pada waktu pagi atau petang.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pasangan suami isteri di luar sana.
Baca juga: Doa Pengikat Kasih Sayang Antara Suami Isteri & Keluarga, Amalkan Tiap Hari
Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun