Nur

Kelebihan Baca Surah 3 Qul Setiap Hari Pada 3 Waktu Afdal Ini, Dapat Rasa Perbezaannya

31
SHARES
SURAH 3 QUL

Setiap ayat al-Quran ada kelebihan tersendiri dan begitu juga dengan surah 3 Qul yang sangat elok diamalkan setiap hari. Ayat 3 Qul atau juga dipanggil sebagai surah al-Muawwizat ada kelebihan tersendiri.

Tiga waktu afdhal untuk membaca surah ini adalah ketika pagi dan petang, selepas solat fardhu dan sebelum tidur seperti dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Baca juga: Ustaz Kongsi 4 Amalan Antara Maghrib & Isyak, 60 Minit Masa Terluang Boleh Buat

KELEBIHAN AMAL SURAH 3 QUL SETIAP HARI

SURAH 3 QUL

Surah 3 qul terdiri daripada surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Semua suruh ini bermula dengan awal qul dan sebab itulah dipanggil surah 3 qul.

  • Qul huwallāhu aḥad (Surah al Ikhlas)
  • Qul a‘ūżu birabbil-falaq (Surah al Falaq)
  • Qul a‘ūżu birabbin-nās (Surah an Nas)

Kelebihan membaca surah 3 Qul adalah:

1. Mendapat ganjaran syurga

Surah al-Ikhlas merupakan antara surah yang dibaca ketika solat. Allah mengurniakan rahmatNya kepada orang tersebut, ibu bapa dan anak-anaknya, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

“Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas sepuluh kali, maka Allah akan mendirikan rumah di syurga baginya.“

2. Terhindar dari azab kubur

Surah ini boleh menghindari seseorang menjadi kufur dan mengelakkan daripada diazab di akhirat.

3. Menjadi penyembuh dan pelindung

Membaca 3 Qul sebelum tidur boleh menjadi penyembuh dan pelindung dari bahaya, malapetaka dan menghindari seseorang daripada sihir.

4. Surah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW 

Surah ini diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum tidur pada setiap malam. Daripada Aisyah r.ha. katanya:

“Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, digalakkan untuk membaca surah 3 Qul dan Ayat Kursi sebelum tidur.

5. Terlindung dari ‘Ain

Penyakit ‘Ain ternyata sudah ada pada zaman Rasulullah. Ketika itu, kaum kafir Quraisy selalu berusaha untuk menyakiti Rasulullah yang salah satunya dengan cara menggunakan ‘Ain.

Istilah ‘Ain merupakan upaya seseorang dalam menyakiti orang lain melalui pandangan mata.

CARA BACA 3 QUL SEBELUM TIDUR

1. Ada baiknya jika berwuduk terlebih dahulu. Kemudian bersedia sambil duduk di katil dan baca doa tidur terlebih dahulu.

2. Selepas membaca doa tidur, baca surah 3 Qul dengan bermula surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas sehingga akhir ayat ke sambil menadah tangan.

3. Selesai membaca, hembus di tapak tangan dan sapu muka serta ke seluruh badan, tangan dan kaki.

Selepas selesai baca, boleh baring dan teruskan dengan surah-surah lain seperti al-Fatihah, Ayat Kursi dan lain-lain.

Semoga bermanfaat dan jadikan sebagai amalan harian anda.

Baca juga: Rupanya Ini Hukum Letak Barang Atas Al-Quran, Dah Ramai Yang Selalu Buat

Sumber: Aku Islam & Beritaku

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×