Nur

Tak Mandi Junub Selepas Bersenggama Dengan Pasangan, Ini Apa Yang Anda Kena Tahu!

2
SHARES
MANDI JUNUB

Mandi junub adalah satu perkara wajib dan dituntut dalam Islam. Namun perkara ini diambil ringan oleh pasangan suami isteri kerana rata-rata akan terus tidur selepas bersenggama.

Walaupun ia kelihatan tidak mendatang sebarang mudarat namun anda perlu tahu dan peka mengenai hukum orang berjunub tidur sebelum mandi wajib.

Baca juga: Hukum Ambil Wuduk Tanpa Gosok Air Di Bahagian Anggota Wuduk, Sah Atau Tidak?

TAK MANDI JUNUB SELEPAS BERSENGGAMA, INI HUKUMNYA

MANDI JUNUB

Seseorang itu dikatakan sedang dalam keadaan berjunub apabila dua perkara berlaku kepada dirinya iaitu keluar air mani dan mengadakan hubungan suami isteri walaupun tidak keluar air mani.

Imam Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam syarahan beliau berkata keharusan untuk melewatkan mandi junub tanpa sebarang dharurat. Sekiranya dia hendak tidur maka disunatkan untuk dia berwuduk terlebih dahulu.

Di sisi para fuqaha al-Syafi’eyyah hukumnya adalah mustahab sahaja iaitu disunatkan. Menurut Syeikh Al-Mahamili Al-Syafi’e seseorang itu disunatkan untuk berwuduk menyebut antaranya:

والوُضُوءُ لِلْجُنُبِ عِنْدَ النَّومِ

Maksudnya: “Dan berwuduk ketika hendak tidur bagi orang yang berjunub.”

Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa seseorang yang dalam keadaan berjunub itu dibolehkan untuk melewatkan mandi wajibnya selepas bangun dari tidur.

Walau bagaimanapun, disunatkan agar mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum tidur. Sekiranya seseorang itu tidur dalam keadaan berjunub tanpa berwuduk hukumnya adalah makruh.

Jadi, jangan lupa ambil wuduk dulu ya sebelum tidur. Baru dapat pahala.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Dah Terbiasa Selalu Ambil Wuduk Dalam Tandas, Sebenarnya Boleh Atau Tidak?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×