Nur

Hukum Ambil Wuduk Tanpa Gosok Air Di Bahagian Anggota Wuduk, Sah Atau Tidak?

17
SHARES
CARA AMBIL WUDUK

Hukum berwuduk adalah wajib dan antara yang sering menjadi tanda tanya apabila cara ambil wuduk dengan melalukan sahaja air di bahagian anggota wuduk tanpa menggosokkannya. Adakah perbuatan itu membuatkan wuduk tidak sah atau sebaliknya?

Penjelasan lanjut mengenai perkara ini ada di bawah dan dinasihatkan agar tidak mengambil ringan walaupun perkara kecil.

Baca juga: Hukum Pakaian Terkena Air Mazi Yang Kering Dibawa Bersolat, Boleh Ke?

CARA AMBIL WUDUK BETUL KENA GOSOK AIR DI ANGGOTA BADAN

CARA AMBIL WUDUK

Antara salah satu syarat sah solat adalah berwuduk. Menerusi firman Allah S.W.T :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah muka-muka kamu serta tangan-tangan kamu sehingga ke bahagian siku. Dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke bahagian buku lali.” Surah Al-Ma’idah (6)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa beberapa anggota badan seperti muka, kedua-dua tangan, siku, kepala, kaki dan buku lali wajib dibasuh dan disapu ketika berwuduk.

Berbalik kepada topik yang dibincangkan, dalam mazhab al-Syafi’e, perbuatan menggosok anggota wuduk untuk meratakan air adalah termasuk dalam kategori perkara-perkara sunat boleh dilakukan ketika berwuduk.

Begitu juga dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji (1/59) yang menyebut bahawa antara perkara sunat dalam wuduk adalah الدلك iaitu melalukan tangan ke atas anggota ketika membasuhnya.

Hukum menggosok anggota wuduk setelah mengenakan air ke anggota badan adalah sunat. Jadi, jika seseorang itu berwuduk sekadar mengenakan air kepada anggota wuduknya seperti meletakkan tangan atau kaki di bawah air paip, maka wuduknya adalah sah. Demikian juga sama hukumnya ketika mandi wajib.

Meskipun begitu, sekiranya anda tidak menggosok anggota badan semasa wuduk atau mandi wajib akan menyebabkan air tidak kena kepada anggota tersebut, maka dalam keadaan ini hukum menggosok anggota wuduk atau badan tersebut adalah wajib.

Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Baca juga: Azan Sedang Berkumandang & Belum Habis Tapi Sedang Solat, Sah Atau Tidak?

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×