Nur

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Tunai ‘Haji VIP’, Pastikan Tidak Ditipu & Pilih Pakej Dengan Betul

95
SHARES
pakej haji

Impian setiap umat Islam, sudah tentunya ingin menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu mengerjakan haji bagi yang berkemampuan. Menerusi perkongsian seorang wanita di laman Facebook, beliau menceritakan pengalaman dan menasihatkan agar memilih pakej haji dengan betul agar tidak ditipu oleh agensi pelancongan di luar sana.

Ikuti perkongsian lengkap di bawah.

Baca juga: Suami Kerap Kerja Outstation, Bila Rindu Tengok Gambar Isteri Tanpa Pakaian? Ini Hukumnya!

WANITA INI PESAN PILIH PAKEJ HAJI BETUL-BETUL

pakej haji

Tujuan perkongsian saya ini untuk mengelakkan orang tertipu dengan pakej haji yang murah. Sekiranya sesiapa teringin nak pergi haji dan ada duit RM80,000 ke atas, boleh baca perkongsian ini.

Ikut tips ini:

1. Ada duit RM80,000 keatas untuk bayar pakej. Seeloknya RM100k keatas.

2. Daftar Haji di Tabung Haji (yang belum daftar sila daftar sekarang)

3. Pertama kali nak pergi haji atau belum guna kuota tabung haji

4. Jika dah guna kuota tabung haji,nak pergi haji lagi boleh cuba visa furada atau mujamalah.

Saya daftar haji dah 8 tahun, tahun lepas saya plan nak pergi visa Furada dan tak lulus visanya. Jadi saya study macam mana nak pergi dengan kos yang ada dan cara yang betul.

Saya daftar nama saya, suami, ibu ayah mertua di Tabung Haji Travel.

– Daftar pakej tu awal tahun 2023, call terus TH Travel dan isi borang yang diminta. Jika ada perlu update borang, isi lagi sekali.

– Buat rayuan bila rayuan haji dikeluarkan oleh Tabung Haji di aplikasi Thijari. Hari pertama dibuka dah diisi. Kuncinya “buat apa-apa kena awal.”

– Saya tick part “saya setuju jika pergi tanpa subsidi” lebih kurang macam tu soalannya.

– Saya inform person incharge TH Travel yang saya dah buat rayuan dan selalu follow up dengan pegawai bertugas.

pakej haji

– Minggu pertama selepas rayuan dibuka, saya suami dan ayah mertua dapat kuota visa Haji. Masa ni speechless bila dapat call dan sms.

– Bermula la ulang alik tabung haji untuk buat check-up kesihatan dan persediaan haji.

– Paling selamat, duit kita ditolak daripada akaun tabung haji secara berperingkat.

– Beberapa minggu lepas tu nama ibu mertua pula dapat kuota haji. Kiranya kami semua dapat atas tiket rayuan haji.

– Dalam 3 minggu sebelum berlepas, pihak pakej buat kursus dan taklimat.

– Tarikh penerbangan dan apa-apa update kita dapat melalui emel, pakej call kita, sms. Sangat-sangat selamat dan sistematik

KENAPA SERONOK PERGI DENGAN TABUNG HAJI?

pakej haji

1. Keselesaan. Walau ada orang cakap pergi haji tak apa tak selesa. Kalau awak bayar 100k keatas, awak akan terkilan tak dapat apa yang sepatutnya dapat.

2. Makan 3 kali sehari international buffet. Ada chef Malaysia, jadi hampir tiap hari ada makanan Malaysia.

3. Ada guru agama dan petugas TH

4. Hotel saya di Mekah di clock tower. Untuk pakej RM80k dalam 300m tak silap saya.

5. Di Arafah ada khemah dan makanan tanpa henti. Setiap seorang dapat sofa bed.

6. Di Mina duduk di khemah 450m jarak dengan melontar. Pakej TH travel yang Rm60k, Rm80k ,Rm100k pun duduk khemah maktab 112 ni juga. Inilah maktab yang direbut ramai jemaah haji.

pakej haji

7. Di sini ada banyak peti ais penuh air lemon, jus dan aiskrim. Walau ada yang cakap tak apa tak penting, tapi bila di hari kejadiaan anda akan sedar.

8. Ujian tetap ada, malam nak ke Muzdalifah tayar bas pancit. Malam nak balik bergerak ke airport, driver bas pula buat hal dari 1 pagi sampai subuh. Alhamdulilah masih boleh sabar sebab Allah bagi nikmat tidur.

9. Kusut masai di mina itu masih ada, berebut toilet tu tetap ada. Tempoh 2-3 hari perlu sabar tapi masih lagi syukur sebab bila tengok orang lain berkilometer nak pergi melontar, mereka lebih perlukan kesabaran..

Niat perkongsian saya cuma satu iaitu untuk pertama kali nak pergi dan cukup bajet, pergilah dengan cara ini sebab agency jual visa tourist takkan bagitau anda pasal ini.

Visa Mujamalah,Visa Furada,Visa Haji adalah lulus untuk pergi haji tanpa dikejar polis.

Semoga bermanfaat! Moga segala urusan dipermudahkan.

Sumber: Facebook Yuyu Musa

Baca juga: Duit Bertaburan Atas Jalan Tanpa Pemilik, Boleh Suka-Suka Ambil Atau Biarkan Saja?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×