Famili

Cara Pergi Haji Guna Pakej Swasta, Kena Ambil Tahu Elak Ditipu

65
SHARES

Rukun Islam kelima adalah menunaikan haji. Setiap umat Islam yang cukup syaratnya (berkemampuan) wajib mengerjakan haji di Mekah. Di Malaysia, orang yang ingin menunaikan haji perlu menunggu panggilan daripada pihak Tabung Haji terlebih dahulu.

Sekiranya anda dipanggil untuk menunaikan haji, anda boleh memilih untuk menunaikan haji menggunakan pakej swasta dengan harga yang berbeza berbanding harga haji yang ditawarkan oleh pihak Tabung Haji. Di bawah ini, kami kongsikan cara-cara pergi haji guna pakej swasta. Perlu ambik tahu supaya tak salah maklumat.

Baca juga: Tiada Lagi Had Umur & Bilangan Jemaah Haji Bermula Tahun Ini

CARA PERGI HAJI GUNA PAKEJ SWASTA, KENA AMBIL TAHU ELAK DITIPU

1. SURVEY 

Ini proses paling penting. Dapatkan maklumat tentang company dan pengalaman jemaah haji lepas. Jarak hotel, nama hotel, bilik, makan, harga pakej dll. First hand experience lagi bagus. Syarikat terkenal tak semestinya lebih bagus.

2. REGISTER

Ini penting. Kita tak boleh register pakej haji dekat banyak company serentak. Contoh tahun 2023, ada 23 company yang diberi lesen buat haji pakej.

Kalau kita dah daftar dekat company A, mereka akan key-in dan lock nama kita dalam sistem milik tabung haji. Jadi, syarikat PJH lain takkan boleh masukkan IC kita dalam sistem tu. Kena batalkan nama kita dekat syarikat A dan register baru dekat company B.

Sebab tu kena pilih dan fikir betul-betul sebelum daftar. Silap atau terlambat register, mungkin kena tunggu setahun depan baru pergi.

Tapi ada kemungkinan kalau register dekat A tak dapat pergi, tapi dekat C kita berjaya kerana TH haji bagi kuota terhad kat syarikat PJH. Contoh kuota 150 orang. Siapa register 150 awal dapat pergi. Lebih 150 tak dapat. Syarikat popular, kuota cepat penuh.

3. TUNGGU RAYUAN

Lepas dah register dengan Syarikat PJH, mereka akan submit nama kita ke TH dan merayukan bagi pihak kita guna ‘kuota’ mereka. Jadi tawaran haji memang rasmi datang dari TH. Kalau diterima, tahniah anda bakal tunaikan haji pada tahun tersebut.

4. LAIN-LAIN

Bila dapat tawaran via syarikat pakej, kita dah tak boleh tukar ke syarikat lain. Kuota mereka pun dah penuh. Bila setuju terima, kita masih kena urus dengan TH (jawab tawaran, kesihatan dll).

Biasanya pakej guna penerbangan akhir (dekat Wukuf). Bila boleh register pergi haji guna pakej? Secepat mungkin kalau dah rancang nak tunai haji tahun tersebut.

Ingat. Bila kita register dekat PJH, kita masuk dalam que. Bila packing order ke belakang, maka peluang tu makin tipis. Buat keputusan segera tapi dengan teliti.

SIAPA BOLEH PERGI HAJI GUNA PAKEJ

HAJI

1. Orang yang dah dapat tawaran haji. Tapi mereka nak lebih selesa. Mereka dapat prioriti.

2. Mereka yang dah register haji (>5 tahun) dan nak buat rayuan pergi awal. Mereka skip que biasa dan guna kuota haji milik syarikat PJH yang TH lantik.

Sebelum tu. Kenapa nak pergi haji guna pakej swasta?

1. Sebab utama. 80% peluang dapat pergi haji pada tahun yang kita nak.

Jadi tak perlu tunggu giliran haji 10-30 tahun lagi yang mungkin kita dah sakit/mati. Lelagi yang dah berusia.

2. Hotel Muassasah Mekah jarak 900m – 1.2km dari Masjidilharam.

2km (pergi-balik) tu mudah bagi yang muda dan kuat. Tapi agak sukar bagi yang berusia. Lebih-lebih lagi nak berulang alik masjid 4x sehari selama 35+ hari. Jarak hotel pakej, 50-200 meter. Lebih dekat.

3. Bilik lebih selesa. Hotel TH memang selesa. Namun biasanya duduk 4-6 orang sebilik. Kalau musim sesak ada 8 orang sebilik. Keselesaan setiap orang berbeza. Guna pakej, boleh pilih bilik 2,3,4 orang ikut kemampuan.

Bagi yang memang berkemampuan (fizikal & kewangan), saya galakkan korang pergilah haji segera. Bila dah lepas kewajipan rukun Islam haji ni akan lega sangat.

Sumber: Twitter Faisal Rahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×