Nur

Doa Agar Terhindar Dari Sasaran Fitnah Orang Zalim, Baca Setiap Hari…

35
SHARES
DOA TERHINDAR DARI FITNAH

Menerusi laman Facebook milik Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, beliau ada kongsikan doa terhindar dari fitnah untuk dibaca dan diamalkan setiap hari.

Doa pendek di bawah ini sangat mudah untuk dihafal dan mempunyai banyak kelebihan. Kongsikan doa ini kepada ahli keluarga tersayang agar sentiasa dalam lindungan Allah.

Baca juga: Doa Supaya Bebas Hutang Sebelum Meninggal Dunia, Mufti Kongsi Amalan Mudah

DOA TERHINDAR DARI FITNAH DAN ORANG ZALIM, AMALKAN

DOA TERHINDAR DARI FITNAH

Tak semua orang suka kita. Hidup akhir zaman ini kena lebih berhati-hati. Banyak sangat fitnah yang boleh jadi kepada kita. Duduk rumah diam-diam pun boleh kena fitnah.

Jadi, sama-sama amal doa ini semoga Allah lindung kita semua dari fitnah jahat orang zalim.

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ ٱلظَّٰلِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ

Rabbanaa laa taj’alnaa fitnatal lilqaumizh-zholimina wanajjina birahmatika minal qaumil kaafiriin

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang yang kafir.”

 

Selain doa di atas, boleh juga membaca beberapa doa yang dikongsikan ini:

Surat al-A’raf Ayat 47

 وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَٰرُهُمْ تِلْقَآءَ أَصْحَٰبِ ٱلنَّارِ قَالُوا۟ رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّٰلِمِينَ

Wa iza surifat absaruhum tilqa a as habin-nari qalu rabbana la taj alna ma’al-qaumiz-zalimin

Maksudnya: “Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu”. 

Doa Nabi Muhammad SAW

Dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, Rasulullah SAW berdoa agar dilindungi dari pemimpin yang zalim:

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ هَذِهِ أُمَّتِي شَيْئاً فَرَفَقَ بِهِمْ، فَارْفُقْ بِهِ. وَمَنْ شَقَّ عَلَيْهَا فَاشْفُقْ عَلَيْهِ. رواه مسلم

Maksudnya: “Ya Allah, siapa saja yang memimpin (mengurus) urusan umatku ini, yang kemudian ia menyayangi mereka, maka sayangilah dia. Dan siapa saja yang menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia”. (HR. Muslim No 1828)

Amalkan membaca doa di atas setiap hari dan semoga memberi manfaat.

Baca juga: Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah Kongsi 35 Cara Baiki Hidup Dan Diri, Jangan Jadi Malas!

Sumber: Facebook Ustaz Mohammad Yaakub Yusra & Detik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×