Perbuatan mengadu domba ialah perbuatan melaga-lagakan dua pihak sehingga menyebabkan permusuhan yang ramai dan saling membenci. Mungkin dikatakan tidak sengaja dan tidak mempunyai niat namun dosa menjadi pengadu domba adalah sangat besar.
Bahkan, dosa besar ini akan menjadi punca sehingga boleh menghalang seseorang itu daripada masuk syurga. Takut kan?
Baca juga: Asyik Terima Layanan Pilih Kasih, Inilah Ciri ‘Favouritism’ Di Tempat Kerja Ramai Benci
JADI PENGADU DOMBA PUNCA TAK MASUK SYURGA
Daripada Huzaifah Al-Yamani RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ‘Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba. ( Riwayat Al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)’
Inilah yang dipanggil al-Namimah iaitu perbuatan menyebarkan berita atau cerita yang bertujuan merosakkan hubungan antara sesama manusia. Sesungguhnya ini adalah amalan yang dilarang keras dalam Islam.
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Mahukah aku ceritakan kepada kamu apa itu al-‘adhhu? Ia adalah perbuatan menyebarkan berita (namimah) yang merosakkan hubungan antara manusia,”- (Riwayat Muslim)
Diingatkan bahawa, jangan sekali-kali menyebarkan cerita yang boleh memecahbelahkan persaudaraan. Anda perlu jaga lisan dan tangan di media sosial daripada menjadi alat fitnah. Bukan itu sahaja, hargailah hubungan silaturrahim dan jangan mudah terpengaruh dengan cerita yang belum tentu sahih.
Bagaimana nak tahu seseorang itu mempunyai karakter pengadu domba? Ulama mengatakan, ciri utama golongan pengadu domba adalah mereka gemar bersumpah. Selain itu, semua orang dilihat tidak kena pada pandangannya.
*Adakah anda ada karakter sebegini? Dah boleh fikir sejenak dan ubah perangai tersebut…
Baca juga: 5 Profesion Ini Paling TIDAK DIPERCAYAI Di Malaysia, Ahli Politik & Influencer ‘Juara’ Carta!
Sumber: AWANI, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Foto: Freepik