Kerjaya

5 Profesion Ini Paling TIDAK DIPERCAYAI Di Malaysia, Ahli Politik & Influencer ‘Juara’ Carta!

21
SHARES
pekerjaan di malaysia

Siapa sangka, rupanya ada pekerjaan di Malaysia yang kurang mendapat kepercayaan daripada orang ramai. Walaupun dilihat sangat gah, glamor dan mewah, namun kerjaya ini sebenarnya tidak ‘menjanjikan’ perkara yang ditayangkan kepada orang ramai.

Jadi, sebagai informasi kepada anda, berikut merupakan kajian Kepercayaan Terhadap Profesion 2024 yang telah dijalankan dari 24 Mei hingga 7 Jun lalu secara dalam talian untuk mengenalpasti kerjaya yang paling tidak mendapat kepercayaan.

Baca juga: Ini 11 Jenis Pekerjaan Di Malaysia Yang Gajinya Rendah Tapi Kerja Melimpah Ruah, Tak Cukup!

PEKERJAAN DI MALAYSIA YANG PALING KURANG DIPERCAYAI JATUH KEPADA AHLI POLITIK & INFLUENCER

pekerjaan di malaysia

Carta dari IPSOS.

Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos), ahli politik dan pempengaruh media sosial (influencer) menjadi profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia. Menerusi kajian Kepercayaan Terhadap Profesion 2024 yang dijalankan oleh firma itu, sebanyak 41% responden tidak mempercayai ahli politik diikuti dengan 36% bagi influencer.

Mengejutkan juga, senarai ini turut diikuti dengan jawatan menteri kerajaan di tangga ketiga sebanyak 35%, eksekutif pengiklanan di tangga keempat sebanyak 30% dan pemimpin agama sebanyak 30%.

“Berdasarkan tinjauan antarabangsa, masyarakat dunia turut mengakui ahli politik merupakan profesion yang tidak boleh dipercayai apabila mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 58%.

“Kira-kira separuh daripada purata penduduk global kurang mempercayai ahli politik, pempengaruh media sosial dan menteri kerajaan.

“Rakyat Malaysia khususnya cenderung mempamerkan rasa kurang percaya yang lebih rendah berbanding purata global,” kata Ipsos dalam satu kenyataan.

Guru & Doktor Profesion Paling Dipercayai Rakyat Malaysia

pekerjaan di malaysia

Foto: KANTAR

Selain dari jenis kerjaya yang kurang mendapat kepercayaan, dalam kajian yang sama juga turut mendapati beberapa kerjaya yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia. Kerjaya tersebut adalah guru dan doktor dengan peratusan masing-masing sebanyak 59% dan 55%. Ia diikuti dengan saintis (49%), angkatan tentera (49%) dan hakim sebanyak 46%.

Manakala polis di tangga keenam dengan 42%, diikuti jurubank dan pembaca berita yang masing-masing mempunyai peratusan sama iaitu 40% serta peguam (39%) dan pelayan (38%).

“Bagaimanapun pada peringkat global, kepercayaan terhadap profesion doktor, saintis dan pelayan adalah lebih tinggi daripada rakyat Malaysia.

“Ini kerana doktor mencatatkan nilai kebolehpercayaan sebanyak 58%, saintis (56%) dan pelayan (44%),” kata Ipsos lagi.

*Rasanya memang betul kan?

Baca juga: 10 Jenis Pekerjaan Boleh Buat Di Luar Negara, Nampak Macam ‘Cikai’ Tapi Gaji Lumayan!

Sumber: IPSOS, AWANI

Foto: Kosmo, Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×