Asuh

Anak Perlu Tidur 10-12 Jam Setiap Hari. Ini 6 Kesannya Bila Tak Cukup Tidur

1.8K
reads

Menurut sebuah laporan terkini dari Reuters, waktu tidur anak yang minimum adalah 12 jam semasa bayi, 11 jam bagi anak berusia 3-4 tahun, dan 10 jam bagi anak berusia 5-7 tahun. Jika kurang daripada itu, mereka dianggap tidak cukup tidur.

Dalam laporan tersebut Dr. Elsi Taveras menjelaskan bahawa kekurangan tidur pada bayi dan anak kecil boleh menjadi pelbagai punca masalah perkembangan pada kesihatan, emosi, dan perkembangan minda kanak-kanak.

6 Kesan Buruk Bila Anak Tak Cukup Tidur

Berikut adalah kesan buruk yang boleh berlaku apabila waktu tidur anak tidak dipenuhi secukupnya.

1. Kurang Tumpuan

Dalam sebuah jurnal American Pediatrics, dijelaskan bahawa kurangnya tidur boleh menyebabkan masalah kognitif dan perlakuan anak dalam jangka masa panjang. Pada usia 7 tahun, mereka mendapati anak-anak yang tidak mendapat cukup waktu tidur memiliki skor yang lebih rendah dalam hal melibatkan ujian penumpuan dan kemahiran logika.

Rutin tidur yang tidak tetap pada anak-anak juga boleh mengganggu jam biologikal pada anak. Seperti sebuah timekeeperjam biologikal ini adalah sebuah sistem internal tubuh yang sensitif terhadap waktu bangun dan waktu tidur dalam tempoh 24 jam. Apabila isyaratnya kucar-kacir, ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan serta memberi kesan kepada otak untuk mengingat dan belajar sesuatu yang baru.

2. Sukar Mengawal Emosi

Sebuah kajian jangka masa panjang yang dibiayai oleh National Institute of Health pula melaporkan bahawa kekurangan tidur boleh mendedahkan anak kecil ini kepada masalah untuk mengendalikan emosi dan kemurungan.

Malah, hanya selepas 2 hari mengalami kekurangan tidur dan waktu tidur anak yang tidak tetap, mereka dilihat kurang bersemangat walaupun terhadap perkara yang mereka suka. Bukan itu saja, anak ini juga semakin sukar mengingat memori serta pengalaman dari sudut yang positif.

waktu tidur anak

Foto Kredit: minq.com

3. Lewat Perkembangan Minda

Sebuah eksperimen telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji di London, di mana mereka meninjau pola tidur dengan kebolehan akademik. Mereka ditanya tentang kemahiran asas berkaitan huruf dan nombor.

Hasil penelitian didapati anak-anak berusia 3, 5, dan 7 tahun yang kurang tidur mempunyai skor yang lebih rendah berbanding mereka yang mendapat waktu tidur secukupnya.

Anak kenal warna

Foto Kredit: livestrong.com

4. Cenderung Menjadi Agresif

Selain itu, kajian  menunjukkan bahawa kanak-kanak biasa turut cenderung mengalami simptom ini sekiranya waktu tidur anak tidak dipenuhi secukupnya.

Sekiranya anda mempunyai anak hiperaktif atau ADHD, kekurangan tidur mampu menggandakan sikap agresif, moody, dan emosional pada mereka.

5. Tidak Bersemangat

Candice Alfano, seorang ahli psikologi berpendapat bahawa waktu tidur anak yang secukupnya adalah mustahak seperti mana ibu bapa menjaga nutrisi, kesihatan, dan kebersihan diri anak mereka.

Sekiranya anak-anak anda bermasalah untuk bangun pagi setiap hari dan asyik kelihatan mengantuk dan tidak bersemangat di siang hari, kemungkinan ia adalah berpunca daripada waktu tidur anak.

6. Risiko Obesiti

Salah satu hasil penelitian Journal of Pediatrics melaporkan bahawa anak kecil yang tidur lewat dari pukul 8 malam mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghidap obesiti pada usia remaja.

Di samping itu, tabiat tidur lewat juga mempengaruhi pemilihan makanan yang tidak elok seperti snek tidak berkhasiat pada lewat malam. Hal ini tentunya akan menjadi faktor kegemukan bagi anak-anak mahupun dewasa.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Pantau Waktu Tidur Anak Agar Konsisten

Sebuah kajian menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak sebenarnya diprogramkan untuk tidur sebelum jam 9 malam. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada anak-anak tersebut.

Namun, bukan mudah untuk memastikan anak tidur dengan konsisten setiap hari. Oleh itu, kerjasama antara pasangan amat penting dalam membantu mendapatkan waktu tidur anak yang optimum.

Yang Popular

To Top