Sihat

Bila Kurang Tidur, Buat 8 Perkara Ini Supaya Mama Tak Jadi ‘Zombie’

152
reads

“2-3 hari sejak si kecil demam ni memang rasa lemah sangat badan. Otak pula rasa macam separa berfungsi je. Ni mesti gara-gara tak cukup tidur. Nak buat macam mana, terpaksa jaga suhu badan dia takut naik lagi macam dulu. Selain ganti tidur tu, ada ke cara lain untuk atasi masalah kurang tidur ni?”

Ada masanya kita memang terpaksa berjaga lebih – kerana anak tak tidur malam, untuk menyiapkan kerja, mengejar ‘dateline’, menjaga anak yang sakit, dan sebagainya. Dalam tempoh tersebut, kita akan mula merasakan kesannya apabila kepala terasa terhuyung-hayang, mula jadi pelupa, cepat marah, semakin letih, dan mungkin rasa sengal-sengal badan.

Tapi, kita tiada pilihan lain selain untuk bertahan buat beberapa hari lagi. Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ‘tekanan’ yang sedang dihadapi oleh tubuh? Takkanlah nak menjadi ‘zombie’ sehingga membahayakan anak kecil dalam jagaan dan asyik ‘moody’ terhadap pasangan?

Berikut adalah cara yang praktikal dan munasabah untuk anda mengatasi masalah kurang tidur.

Foto Kredit: kleo.ru

Bukan sekadar mengantuk, kurang tidur boleh jadi pemarah dan pelupa juga. / Foto Kredit: kleo.ru

8 Cara Atasi Masalah Kurang Tidur Supaya Tak Jadi ‘Zombie’

Mengikut para saintis, ini cara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan daripada menjadi ‘zombie’ apabila kurang tidur.

1. Tidur Siang Seketika (Qailulah)

Ya, anda mungkin tak dapat nak menggantikan semua jam yang hilang akibat kurang tidur, tapi cukuplah dengan mengambil peluang untuk tidur siang buat 10-20 minit.

Mengikut kajian sains, aras melatonin berada pada puncaknya sekitar jam 1.00pm hingga 3.00pm. Hormon melatonin ini bertindak sebagai regulator dalam mengawal sel-sel tubuh agar dapat berfungsi dengan efisyen. Selain itu, ia membantu melancarkan pengaliran darah ke otak, menstabilkan metabolisme sel, dan turut menjaga kesihatan sel.

Jadi, manfaatkanlah peluang ini dan ‘curi’ sedikit masa untuk mengembalikan produktiviti anda. ‘Power nap’ ini turut dianjurkan dalam Islam . Ternyata, sunnah Nabi SAW yang dikenali sebagai qailulah ini amat besar manfaatnya.

Corak tidur bayi

Foto Kredit: popsugar.com

2. Cuba Bangun Pada Masa Yang Sama Setiap Hari

Tubuh badan kita akan memberi respon yang baik terhadap rutin.

Maka, walaupun anda terpaksa mengurangkan jumlah jam tidur, cubalah bangun tidur pada waktu yang sama setiap hari.

Menurut Health Digezt, tubuh badan kita akan menghasilkan lebih banyak hormon dalam masa 1 jam sebelum bangun tidur. Dengan cara ini tubuh anda dapat memaksimakan hormon yang dirembeskan tersebut.

Selain itu, tabiat ini juga dapat mendorong anda menstabilkan tekanan darah dan suhu badan dengan lebih baik.

3. Elak Kopi Lepas Makan Tengahari

Ironinya, kafein dikatakan dapat membantu kita ‘berjaga’ dan lebih ‘alert’. Jadi, ramai yang cakap nak minum kopi atas alasan mengantuk. Tapi, pengambilan kopi yang tak kena cara akan menjadikan kita lebih mengantuk.

Walaupun setiap daripada kita mempunyai reaksi berbeza terhadap kopi, tapi ramai tidak menyedari bahawa tindakan ini menjadikan mereka ‘berjaga’ hingga melewati waktu tidur yang sepatutnya. Seperti yang dinyatakan dalam web kesihatan Web MD, kebanyakan pakar menasihatkan agar kita mengelakkan meminum kopi selepas waktu makan tengahari supaya waktu tidur anda tidak terjejas.

Sebaliknya, segelas air kosong dapat membantu anda menjadi lebih cergas dan menghilangkan mengantuk.

Foto Kredit: imujer.com

Foto Kredit: imujer.com

4. Hirup Udara Segar

Kalau ada tingkap, bukalah luas-luas dan hirup udara segar melaluinya. Jika tidak, ambil sedikit masa untuk cuba mendapatkan udara segar dan cahaya matahari semulajadi.

Pernafasan dengan teknik ‘deep breathing’ mampu meningkatkan paras oksigen dalam darah, lalu memperlahankan kadar denyutan jantung, dan mengurangkan tekanan darah. Secara ringkasnya, semua proses ini dapat memperbaiki mental dan tenaga anda.

‘Deep breathing’ yang betul adalah dengan menarik nafas melalui perut (abdomen), bukannya dada. Anda boleh lakukannya semasa duduk.

  • Cara: Letakkan sebelah tangan di atas dada dan sebelah lagi di atas perut. Tarik nafas dan pastikan hanya perut anda yang menolak tangan anda. Pastikan tangan yang diletak atas dada tidak bergerak. Hembuskan nafas melalui mulut.
tak cukup tidur

Foto Kredit: mbx12.org

5. Dapatkan Pencahayaan Yang Cukup Di Siang Hari

Jam biologi manusia dipengaruhi oleh cahaya matahari. Oleh sebab itu, para saintis mengesyorkan 30 minit sehari sebagai tempoh yang ideal untuk melakukan aktiviti seperti beriadah di luar.

Semasa di dalam rumah, pastikan ruang dalaman tidak terlalu suram. Keadaan ini boleh menyebabkan anda bertambah letih dan mengantuk. Buka tingkap dan langsir. Jika tak cukup, tambahkan lampu yang secukupnya.

cinta yang bertepuk sebelah tangan

Foto Kredit: laughalaughing.com

6. Hati-hati Pilih Snek

Bila dah menguap, mulalah kita nak cari benda untuk dikunyah. Buat hilang mengantuk katanya.

Tak salah nak makan snek. Tapi kalau nak mengunyah, pastikan anda mencari sumber yang elok seperti salad, buah-buahan, kekacang, atau jus tanpa gula.

Kajian menunjukkan bahawa rangsangan otak kita memang ‘tertarik’ untuk memakan makanan yang kaya gula atau ‘energy drink’ kerana makanan ini dapat memberi tenaga ‘instant’ dengan serta-merta. Masalahnya, tenaga ini tidak dapat bertahan lama. Lebih teruk lagi, tubuh badan kita akan menjadi lebih letih apabila ‘kesan gula’ tadi telah menghilang. Makin jadi ‘zombie’ adalah!

7. ‘Bersenam’ Dengan Bayi

Senaman ringan atau meregangkan otot seketika dalam 10 minit sebenarnya mampu memberi kesan luarbiasa apabila anda tak cukup tidur.

Jangan ingat kalau ada anak kita dah tak boleh bersenam lagi. Sebenarnya lagi seronok kalau ajak mereka beraktiviti begini. Siap ada tambahan kalori yang dibakar lagi apabila mendukung mereka. Stres pun hilang bila bergelak ketawa bersama-sama.

Menurut pakar, senaman ringan adalah penawar bagi masalah kurang tidur yang paling baik dan semulajadi. Stimulasi ini bukan saja dapat merangsang deria anda, malah ia membantu anda mendapatkan tidur yang berkualiti walaupun jumlah jamnya berkurang berbanding selalu.

kurang tidur

Foto Kredit: whattoaxpext.com

8. Tutup Semua Lampu Semasa Tidur Malam

Kalau selama ini anda tidur malam dengan menggunakan lampu tidur, mungkin tiba masanya anda cuba untuk tidur dalam keadaan ‘complete darkness’.

Menurut fakta, keadaan gelap yang total semasa tidur dapat membantu perembesan hormon melatonin. Sekumpulan saintis yang diketuai oleh Dr Mercola telah mendapati hasil yang menakjubkan ke atas kesihatan, ritma circadian (jam biologi) dan kualiti tidur seseorang yang tidur dalam keadaan yang sangat gelap.

Selain itu, mereka menemui bahawa lampu biru daripada jam mahupun alat elektronik lain boleh menimbulkan kesan buruk kepada anda. Antara solusinya adalah dengan menggunakan penutup mata atau ‘mask’ semasa tidur.

Fokuskan Pada Kualiti Dan Rutin

Memang normal bagi ibu untuk cuba mendapatkan rentak dan beradaptasi dengan rutin baru selepas kehadiran bayi. Tapi setelah bergelar ibu, kita sedia maklum bahawa tidur bukanlah sesuatu yang ‘mudah’ untuk dinikmati seperti dahulu.

Maka, cubalah amalkan 8 perkara di atas untuk membantu anda yang semakin kurang tidur. Semoga ianya dapat membantu anda lebih aktif dan lebih ‘alert’ setiap hari.

Ingat, bila Mama kurang tidur, satu keluarga akan terasa tempiasnya!

Carian Yang Berkaitan:

  • kesan jika tidak tidur dalam masa 3hari
  • kesan kurang tidur malam kuat tidur siang
1 Comment

1 Comment

  1. encikshino

    October 7, 2016 at 12:13 pm

    Itulah reality skrg ni, kebanyakkan suami isteri keje. masing-masing letih. Itu yang moody tak tentu pasal, yang kesian anak jadi mangsa. Kalau tak cukup tdo biasa. Petua nak hilang lesu, minum air suam banyak2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top