Cantik

8 Cara Hilangkan Double Chin Dengan Senaman Mudah

cara hilangkan double chin

“Oh tidak, biar betul! Bila pulak aku ada double chin ni? Aik, berat badan tak naik pun… ‘Confirm’ kena cari cara hilangkan double chin. Mana aku nak letak muka kalau orang kata aku gemuk. Arghh!”

Siapa kata perlu diet secara ekstrim untuk hilangkan lemak di bawah dagu atau double chin? Tak perlu.

Sebenarnya ada rahsia yang terbaik untuk hilangkan masalah dagu berlipat ini.

Nak tahu?

Menurut HealthGuideHQ.com, senaman dagu atau ‘chin exercise’ adalah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ‘annoying’ ini.

cara hilangkan double chin

Foto Kredit: wordpress.mcgooi.nl

8 Cara Hilangkan Double Chin Dengan Senaman Mudah, Berkesan!

Ada beberapa tips senaman dagu yang disarankan. Semuanya mudah, tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan dan syoknya, boleh dibuat di rumah.

Apa lagi, jom praktikkan senaman dagu ini. Ianya sangat mudah, murah, dan berkesan!

cara hilangkan double chin

Foto Kredit: vkool.com

1. The Kiss

  1. Sambil berdiri, dongakkan kepala sambil memandang siling
  2. Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium siling selama lima saat
  3. Relaks dan tegakkan semula kepala
  4. Buat sekali lagi sehingga 15 kali
Foto Kredit: myfatpocket.com

Foto Kredit: myfatpocket.com

2. Stick It Out

  1. Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas
  2. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5
  3. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
  4. Ulang sehingga 10 kali
Foto Kredit: saga.co.uk

Foto Kredit: saga.co.uk

3. Jaw Jut

  1. Dongakkan kepala sehingga memandang siling
  2. Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu
  3. Buat kiraan sehingga 10 dan relaks semula rahang
  4. Ulang 10 kali
Foto Kredit: verywell.com

Foto Kredit: verywell.com

4. Neck Roll

  1. Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada
  2. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5
  3. Kembalikan kepala ke sisi asal
  4. Pusing pula kepala ke kiri perlahan-lahan dalam kiraan 5
  5. Ulang semula dalam masa 30 saat
Foto Kredit: goodiz.tv

Foto Kredit: goodiz.tv

5. Tongue on teeth

  1. Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya
  2. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah
  3. Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’
  4. Lakukan selama satu minit
  5. Relaks dan ulang sekali lagi
Foto Kredit: youtube.com

Foto Kredit: youtube.com

6. Chin Slap

  1. Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan
  2. Lakukan sehingga 30 saat
Foto Kredit: sessoescort.com

Foto Kredit: sessoescort.com

7. In and Out

  1. Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang
  2. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi
  3. Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan
  4. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang
  5. Relaks dan ulang sehingga tiga kali
Foto Kredit: knowyourback.com

Foto Kredit: knowyourback.com

8. Laying Lifts

  1. Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada
  2. Biarkan selama 10 saat
  3. Kembalikan kepala pada sisi asal
  4. Ulang dua kali
cara hilangkan double chin

Foto Kredit: tutknow.ru

Mudah bukan?

Menurut laman web kesihatan HealthyDefinition, jika anda meluangkan masa 10 minit untuk senaman ini setiap hari, kesannya akan kelihatan dalam masa sebulan.

Jadi, kalau nak kesan lebih awal, bolehlah gandakan usaha anda. Ikut saja cara hilangkan double chin di atas yang sangat mudah.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan petua lain seperti mengurut bawah dagu anda setiap hari sebelum tidur selama 10 minit. Berkesan!

Carian Yang Berkaitan:

  • cara hilangkan double chin
  • cara nak hilangkan double chin
  • hilangkan double chin
  • petua hilangkan double chin
  • cara menghilangkan double chin
  • cara menghilangkan double chin dengan cepat
  • cara buang double chin
  • cara hilangkan double chin dengan cepat
  • tips hilangkan double chin
  • macam mana nak hilangkan double chin
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top