Asuh

Ini Cara Mengurut Bayi Yang Betul, Bahaya Kalau Silap Teknik

cara mengurut bayi

“Eh, bolehkah bayi baru lahir diurut? Kecil sangat, nak dukung pun tak berani, lagi pula nak mengurut. Bagaimana cara mengurut bayi dengan betul?”

Seperti yang umumnya kita tahu, mengurut bayi memang banyak manfaatnya. Selain mengukuhkan ikatan antara bayi dengan ibu, ia juga memberi pelbagai kebaikan dari segi kesihatan dengan membantu melancarkan peredaran darah.

Namun, menurut health.compas.com, sejak kebelakangan semakin banyak kes bayi yang dilaporkan mengalami celebral palsy, pendarahan otak, hingga bayi lumpuh, tidak bermaya, dan ada yang meninggal dunia akibat cara urutan bayi yang salah dan berlebih-lebihan.

Maka, sebab itulah pentingnya kita mengetahui cara mengurut bayi yang sebenar. Badan bayi amat lembut dan berisiko walaupun terhadap tekanan jari orang dewasa yang tidak disengajakan.

 

mengurut bayi

Foto Kredit: www.wljn.com

Adakah Bayi Boleh Diurut Sejak Lahir?

Kebanyakan sumber menyarankan agar bayi yang baru lahir ditunggu sehingga tali pusatnya tertanggal sebelum anda memberikan bayi sebarang jenis urutan. Selain kerana bayi masih terlalu ‘kecil dan lembut’, ia adalah untuk mengelakkan sebarang jenis jangkitan pada tali pusat bayi apabila terkena minyak.

Namun, sekiranya bayi anda dilahirkan pra-matang, anda dinasihatkan agar menunggu sehingga melangkaui tempoh ‘due date’ sebenar bayiuntuk mengelakkan sebarang kecederaan fizikal.

Persediaan Sebelum Mula Mengurut

Sebelum mula mengurut, anda boleh ‘meminta kebenaran’ atau memberitahu bayi bahawa anda akan mula mangurutnya. Walaupun tidak memahami perkataan, bayi akan dapat mengesan petanda ini apabila anda memulakan sesi urutan seterusnya.

Dapatkan posisi yang selesa untuk anda mengurut. Pastikan suhu bilik tidak terlalu sejuk.

Mengikut pengalaman, eloklah pakaikan lampin dahulu sekiranya anda mengurut bayi selepas mandi. Takut bayi kesejukan dan mungkin akan terkencing.

cara mengurut bayi

Cara mengurut langkah demi langkah oleh International Association Of Infant Massage / Foto Kredit: www.iaim.org.uk

Cara Mengurut Bayi Yang Betul, Langkah Demi Langkah

Melalui laman web kesihatan ini, kami ingin berkongsi cara mengurut bayi yang betul, langkah demi langkah.

Cara Mengurut Bayi Di Bahagian Kaki

Massage the feet and legs before moving onto the upper body.

  • Urutan bayi berlangsung selama 10-30 minit, bergantung kepada keselesaan bayi anda. Seelok-eloknya bayi diurut selepas mandi kerana ketika ini bayi berasa selesa, tidak terlalu letih, dan tidak meragam.
  • Untuk memulakannya, gunakan beberapa titik minyak telon atau minyak aromaterapi yang sesuai untuk bayi. Titikkan pada tangan anda dahulu supaya tangan anda tidak terlalu sejuk. Kemudian, mula mengurut tapak kaki bayi dengan lembut dan perlahan. Urutkan daripada tumit ke atas, menghadap ibu jari.
  • Teruskan dengan urutan lembut ke bahagian kaki hingga pinggang. Mulakan pada bahagian buku lali, paha, sehingga ke pinggang. Elakkan mengurut bahagian kemaluan bayi. Pegangkan kaki bayi dengan cermat dan urut lembut ke arah perutnya untuk mengeluarkan angin.

Cara Mengurut Bayi Di Bahagian Atas Badan

Massage the arms; use circular clockwise strokes for the belly; use your fingertips to massage the face.

  • Cara mengurut bayi di bahagian badan atas adalah dengan memulakannya pada bahu. Urut lembut ke arah dadanya.
  • Kemudian, urutkan lengan bayi daripada bahu ke pergelangan tangan. Cuba elakkan minyak urut daripada terkena tangan bayi. Jika ini berlaku, lapkan tangan bayi sebelum bayi memasukkannya ke dalam mulut.
  • Bahagian perut bayi adalah sangat sensitif, lebih-lebih lagi sekiranya tali pusat masih belum tertanggal. Oleh itu, pastikan perut bayi anda berada dalam keadaan lembut sebelum mengurut. Jangan urut perutnya jika bayi baru lepas menyusu. Jauhkan tangan anda daripada tali pusat sekiranya ia masih belum tertanggal.

Cara Mengurut Bayi Di Bahagian Muka Dan Belakang Badan

Massage the back of baby's body from head to toe; stop if baby is tense and not enjoying himself; massage can also take place in a cot when baby is clothed.

  • Gunakan jari-jemari untuk menyentuh bahagian muka bayi dengan lembut. Mulakan pada bahagian tengah dahi ke bawah, hingga ke bahagian pipi. Jangan dipicit atau ditekan, cukup sekadar menyentuhnya dengan sapuan lembut. Harus berhati-hati kerana bahagian kepala bayi sangat lembut dan terlebih tekanan boleh memudaratkannya secara serius.
  • Jika bayi anda nampak selesa dengan urutan, pusingkan bahagian badannya dan teruskan mengurut bahagian belakangnya pula. Urutkan daripada bahagian atas badan hingga ke ibu jari kaki.
  • Seperkara yang perlu anda ingat, pastikan anda mengurut bayi semasa anda berada dalam keadaan gembira dan tidak tertekan atau terlalu letih. Jika bayi kelihatan tidak selesa, tidak perlulah meneruskan sesi urutan yang terlalu lama. Cari masa yang sesuai dan praktikkan cara mengurut bayi ini hanya setelah bayi anda bertenang.

Jika bayi anda mempunyai alahan, atau terkena ruam, cuba hentikan penggunaan sebarang minyak atau losyen kepada bayi buat sementara waktu. Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui punca sebenar alahan tersebut.

cara mengurut bayi

Mulakan Dengan Perlahan, Anda Akan Terbiasa

Sekiranya bayi anda berasa amat selesa dengan urutan anda, teruskanlah mengurut! Anda boleh selalu mengurut bayi anda sehinggalah mereka besar.

Tapi, jangan berkecil hati sekiranya bayi merengek dan tidak mahu diurut. Mungkin mereka belum biasa dan tidak besedia.

Bagi yang Muslim, anda digalakkan membaca zikir atau doa semasa mengurut. Anda juga boleh bercakap dengan bayi untuk mengelakkannya daripada berasa tidak selesa.

Mereka juga boleh diajar untuk mengurut anda kelak. Bukankah lebih mesra begitu?

*Sumber diagram daripada RaisingChildren.net.au.

 

Carian Yang Berkaitan:

  • cara urut bayi
  • cara urutan bayi
  • urutan bayi
  • urutan untuk bayi
  • cara urut perut bayi
  • cara mengurut baby
  • cara mengurut yang betul
  • cara mengurut
  • cara urutan baby
  • cara urutan bayi yang betul
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top