Sihat

Betul Ke Guna ‘Kain Barut’ Boleh Elak Bayi Kembung Perut?

7
SHARES

Kembung perut dalam kalangan bayi merupakan situasi yang sudah normal perlu diharungi oleh ibu bapa. Namun, sudah pelbagai cara telah dicuba termasuklah menggunakan minyak angin yang khas untuk menghilangkan kembung perut bayi tetapi masih tidak menjadi.

Salah satu petua tradisional yang diberikan adalah dengan menggunakan kain barut yang dikatakan dapat mengelakkan si bayi dari mengalami masalah kembung perut. Betul ke dengan menggunakan kain barut dapat mengeluarkan gas-gas yang terkumpul di dalam perut bayi? Ini penjelasannya.

BARUT BOLEH ELAK KEMBUNG PERUT TAK?

S: Puan, saya merupakan seorang bakal ibu dan ingin tahu adakah barut itu perlu?. Betulkah barut boleh elakkan kembung pada bayi?

J: Gas wujud dalam badan bayi (dan manusia) melalui 2 cara berikut:

1. Semasa aktiviti harian. Bayi menelan sedikit udara semasa aktiviti seperti makan (menyusu) dan menangis. Namun, kadar kemasukan gas secara umumnya sedikit dan mudah pula melepasi sistem badan untuk di buang sebagai kentut atau sendawa.

2. Hasil proses pencernaan. Makanan (susu)di cernakan di dalam perut dan usus oleh bakteria dan enzim. Beberapa gas seperti Hidrogen, Carbon Dioksida dan Methane lazim dihasilkan dari proses ini.

Cara 1

Langsung TIDAK memungkinkan jumlah kemasukan gas yang cukup untuk menyebabkan kembung. Jika ya, tentulah deritanya hidup manusia perlu menahan diri agar sangat cermat ketika menangis, bercakap dan makan, misalnya . Nak buka mulut pun jadi takut.

Cara 2

Juga tidak menjadi sebab langsung (direct) kepada kejadian kembung. Jika ya, alangkah TAK ADIL nya kita perlu menanggung kesan kepada suatu proses normal yang perlu berlaku didalam badan kita, setiap kali dan setiap hari. Jadi, jika cara 1 dan 2 bukan punca utama gas dalam badan bayi, macam mana pula kembung terjadi ya?

KEMBUNG TERJADI BILA ADA MASALAH SISTEM PENCERNAAN

Kembung (gassy baby) terjadi kerana seseorang bayi itu sendiri yang mempunyai ‘masalah’ dengan sistem pencernaannya yang KURANG EFEKTIF berbanding rakan bayi lain. Contohnya, otot peristalsisnya (otot yang menggerakkan makanan semasa ia melalui laluan pencernaan) yang kurang cekap dan kekurangan probiotik (bakteria) yang membantu proses pencernaan.
Bayi-bayi ‘terpilih’ (gassy baby) untuk menghadapi ‘masalah’ ini hanyalah sekitar 15-20% bayi sahaja. Ia bermaksud, BUKAN SENANG bayi nak terkena kembung ya!

Lebih-lebih lagi makanan anak kecil cuma susu sahaja. Jika bayi tersebut minum susu ibu pula, sangat susah sebenarnya untuk bayi terkesan dengan makanan yang ambil ibu. Ini kerana makanan yang masuk dari mulut ibu perlu melalui pelbagai peringkat saringan sebelum akhirnya di tukar menjadi susu untuk di minum bayi.

Sistem saringan yang Tuhan cipta dalam badan ibu ini bukan remeh ya. Ia sangat hebat sehingga TIADA TEKNOLOGI di dunia ini yang mampu menukar darah menjadi susu seperti mana yang di hasilkan oleh badan ibu. Maka dengan semua fakta di atas, saya tidak dapat pastikan bagaimana dengan memakai barut dapat mengelakkan kembung pada bayi?

Jika ada yang mendakwa penggunaan barut akan memudahkan gas di tolak keluar untuk bayi membuang angin, sekali lagi saya kurang pasti bagaimana sehelai kain yang dipakai di luar badan boleh membantu proses pergerakan udara dalam badan bayi?
Maka secara peribadi, dengan semua fakta diatas, saya merasakan barut tidak berguna dan tidak mampu mencegah kembung seperti yang disangka ramai.

USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA
DBL Institute Sydney
THB EDU ASSC

The Wonder Weeks Academy
Sleepsmart Education

Rujukan tambahan:
Under5s.co.nz
Rediffnews

Sumber: Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×