40 Minggu

Ini Senarai Minyak Angin Terbaik & Berkesan Untuk Legakan Masalah Kembung Perut Bayi Anda!

25
SHARES
MINYAK ANGIN UNTUK BAYI

“Hmm, apa minyak angin untuk bayi yang paling berkesan ya…”

Antara masalah sering dialami oleh bayi adalah kembung perut. Hal ini sudah tentunya membuatkan mereka tidak selesa dan meragam seharian sehingga ibu tidak dapat membuat kerja lain.

Bagi mengurangkan kembung perut si manja, di bawah ini kami kongsikan senarai minyak angin untuk bayi. Memang lega perut dan boleh tidur dengan lena!

Baca juga: Wah! Dari A-Z Tolong Buat…Ini Senarai Pakej Berpantang Lepas Bersalin Paling Best 2023!

SENARAI MINYAK ANGIN UNTUK BAYI, LEGANYA PERUT!

1. MINYAK LIMAU YU YEE

MINYAK ANGIN UNTUK BAYI

Antara minyak angin popular digunakan sejak turun temurun untuk bayi adalah minyak Yu Yee. Minyak ini mengandungi bau manis peppermint yang menyegarkan.

Minyak Yu Yee bukan sahaja boleh melegakan kembung perut malah mampu mengurangkan sakit sendi untuk semua peringkat umur.

Boleh dapatkan di sini.

2. MINYAK TELON BEBIKU

MINYAK ANGIN UNTUK BAYI

Selain itu, ibu juga boleh gunakan minyak telon daripada jenama Bebiku. Seperti minyak angin yang lain, ia bertujuan untuk melegakan kembung perut dan membuatkan si manja selesa.

Hanya sapukan di bahagian dada, perut, punggung dan telapak kaki apabila perlu.

Boleh dapatkan di sini. 

3. MINYAK TELON JMK

MINYAK ANGIN UNTUK BAYI

Minyak telon JMK ini diperbuat di Indonesia. Aroma minyak ini mampu membuatkan bayi rasa tenang dan nyaman sahaja.

Menariknya, ia tidak terlalu panas sehingga membuatkan si kecil menangis. Wah!

Boleh dapatkan di sini.

4. TROPIKA BABY HERBAL CREAM

MINYAK ANGIN UNTUK BAYI

Krim ini mampu merawat kahak, batuk, selsema dan kembung perut. Mengandungi bahan semula jadi untuk membantu mengeluarkan gas dalam badan bayi untuk mendapatkan yang tidur lena.

Antara bahan yang digunakan adalah minyak kayu putih, halia, minyak kelapa dara dan lain-lain herba tropika.

Boleh dapatkan di sini.

5. BUDS CALMING CREAM

MINYAK ANGIN UNTUK BAYI

Calming Rub Cream ini mampu membuatkan bayi rasa tenang. Ia mengandungi campuran peppermint, halia dan jintan manis organik yang dipilih dengan teliti.

Minyak pati lavender terkenal dengan kebolehannya yang menenangkan manakala aloe vera boleh meningkatkan kesihatan kulit. Minyak tumbuhan organik ini boleh memastikan kulit bayi lembut dan anjal.

Panaskan minyak sebesar kacang di antara jari dan ibu jari anda sehingga berminyak. Kemudian urut perut bayi mengikut arah jam. Biarkan sekurang-kurangnya 20 minit selepas penyusuan terakhir sebelum mengurut mereka.

Boleh dapatkan di sini.

Jadi, yang mana satu pilihan mommies? Jangan lupa sapu minyak telon untuk mengurangkan kembung perut bayi ya. Semoga artikel ini memberi manfaat.

Baca juga: Alamak! Makan Pati Ikan Haruan Selepas Bersalin Czer Boleh Jadi Punca Pelekatan Tisu?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×