“Tengok tu, tengok tu… Budak-budak lelaki kat ofis ni kalau si Maisara, dari mengantuk menghadap komputer terus terbuntang mata. Manakan tidak teruja tengok payu dara yang montok. Yang si minah pun satu, pakai baju sesendat boleh nak ‘show off’ aset dia. Apalah rahsia dan tips besarkan payudara yang dia gunakan agaknya.”
Ada yang tidak puas hati dengan saiz payu dara sendiri bila tengok aset wanita lain yang lagi mengancam?
Masa itulah rasa kurang keyakinan diri, segan dan berbagai-bagai ‘rasa’ lagi timbul. Sebab itu tak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit menjalani pembedahan membesarkan payudara.
Tapi itu dulu. Sekarang ini ramai wanita yang sudah celik IT mengguna Internet untuk mencari alternatif bagi membesarkan payu dara dengan cara semula jadi.
Tak perlu lagi keluar duit dengan banyak apatah lagi masuk bilik pembedahan!
10 Tips Besarkan Payudara Secara Semulajadi, Tanpa Pembedahan!
Praktikkan 10 tips besarkan payudara secara semulajadi dengan konsisten, mudah-mudahan anda akan dapat melihat kesannya.
1. Serlahkan payu dara melalui postur badan yang betul
Berdiri lurus, kepala sedikit mendongak, belakangkan bahu dan sambil berjalan, tinggikan dada ke hadapan.
Apabila berjalan dengan postur sebegini, payudara akan kelihatan lebih besar dan menonjol berbanding jika anda berjalan menunduk ke bawah.
2. Pakai bra ikut saiz payu dara
Ada wanita yang pakai bra lebih besar daripada saiz payu dara kerana fikirkan akan beri lebih penampilan pada payu dara.
Sedangkan, cara ini sebenarnya menenggelamkan saiz payu dara sehingga kelihatan kecil.
Dengan memakai bra yang betul, sesuai dengan ukuran badan sebenarnya akan lebih menyokong dan ‘up’kan payu dara.
3. Tonjolkan payu dara dengan padded atau push up bra
Salah satu tips besarkan payudara paling cepat adalah dengan bantuan bra yang khusus.
Bagi yang punya payu dara kecil, digalakkan memakai padded atau push up bra kerana ia akan menampakkan payu dara yang lebih berisi dan besar.
4. Elak pakai bra yang terlalu ketat atau terlalu nipis
Bra yang nipis dengan renda memang nampak menarik dan seksi jika dipakai tetapi sebenarnya ia kurang menyerlahkan penampilan payu dara.
Begitu juga dengan bra sukan yang biasanya ketat kerana ia memberi gambaran payu dara yang kecil dan leper.
5. Jangan sumbat tisu atau kain dalam bra
Trick ini memang biasa nampak dibuat dalam drama! Memang nampak saiz payu dara lebih besar dari sepatutnya tetapi ia tidak tahan lama sama ada tisu atau kain terburai.
Jika ada yang alah, lain pula jadinya, kena ruam hingga gatal badan. Sebaiknya, invest pada push up bra.
6. Selalu urut payu dara
Lakukan selama 30 minit setiap hari boleh membesarkan payu dara.
Ini kerana urutan membantu meningkatkan pengaliran darah bersama hormon phytoestrogens dan menambah stimulasi pada prolactin.
Kedua-dua hormon ini fungsinya membesarkan payu dara.
7. Ambil herba yang memang dikhaskan untuk pembesaran payu dara
Antara herba yang disarankan adalah keladi liar, jintan manis, kava, halba, chaste tree berry dan black cohosh.
Anda juga boleh meminum halia, kunyit, madu, manjakani, kacip fatimah dan sebagainya. Herba ini terkenal untuk kesihatan wanita.
Sebelum mengambilnya, disarankan juga merujuk pada doktor untuk mengelakkan terjadinya alahan dan sebagainya.
8. Sapu krim atau losen yang boleh merangsang pembesaran
Selain makan herba, boleh juga sapu losen atau krim yang dikhaskan untuk merangsang pembesaran payu dara.
9. Lakukan exercise yang menggalakkan pembesaran payu dara
Pumping iron, chest presses dan push-ups adalah antara exercise yang jika diamalkan selalu boleh menambah keanjalan pada tisu-tisu sekitar payu dara.
Tips besarkan payudara ini adalah antara yang paling berkesan menjadikannya lebih tegang, lebih besar dan lebih lembut.
10. Elak terlalu kurus
Apabila kurus, tisu sekitar payu dara menjadi kurang menyebabkan ia kelihatan kecil.
Sebab itu, bagus untuk dapatkan berat badan yang ideal kerana payudara juga lebih kelihatan berisi dan nampak cantik.
Elak Pembedahan, Praktikkan Cara Semulajadi
Jalan terbaik untuk mendapatkan payu dara yang besar adalah dengan cara semula jadi.
Memang tidak secepat pembedahan tetapi perlu ada usaha, keyakinan, disiplin dan kesabaran.
Ia juga adalah amalan yang sihat untuk tubuh badan secara keseluruhannya.