Cantik

9 Rahsia Hilangkan Ketiak Hitam, Paling Cepat & Semulajadi

823
SHARES
hilangkan ketiak hitam

“Walaupun kita ni jarang pakai baju yang tak berlengan, tapi malu jugalah kalau ketiak hitam… Bukannya tak jaga kebersihan, puas dah pakai macam-macam. Apa nak buat ni?”

Siapa tak malu kalau bawah lengan atau ketiak hitam. Meskipun rata-rata rakyat Malaysia tidak berpakaian seksi sehingga menampakkan bawah lengan, rasa segan itu mesti ada punya.

Nak tahu petua untuk hilangkan ketiak hitam? Cubalah cara semulajadi ini. Tiada kesan sampingan dan terbukti berkesan!

sakit gastrik

Foto Kredit: sac.or.th

9 Tips Hilangkan Ketiak Hitam Dengan Cepat & Semulajadi

1. Kentang

Kentang adalah penyelanat nombor satu anda. Ianya bersifat mencerahkan, tetapi tidak menimbulkan kesan ruam atau kemerahan.

Caranya mudah. Hiris, parut, atau masukkan potongan kecil kentang ke dalam pengisar. Kemudian, lumurkan pada ketiak.

Percaya tak, anda akan nampak kesan pencerahan dan kelembutan serta-merta.

Selain itu, ketiak biasanya akan berasa gatal atau berpeluh disebabkan kesan pigmentasi. Dengan kentang lumur ini, semua rasa gatal akan dapat dihilangkan.

2. Soda Penaik

Gunakan soda penaik atau ‘baking soda’ seperti anda memakai bedak pada ketiak. Selain memutihkan kulit, ia adalah cara semulajadi yang dapat menghilangkan bau, mengurangkan peluh berlebihan, dan menghalau rasa gatal.

Murah pun murah!

hilangkan ketiak hitam

Foto Kredit: iemo.jp

3. Kayu Cendana / Kayu Manis

Kayu cendana mungkin orang kita tak biasa dengar. Tapi, istilah ‘sandalwood’ mungkin lebih familiar bagi peminat bedak atau wangian.

Inilah salah satu resipi dalam produk kecantikan. Ianya sangat sinonim dengan kulit yang lembut, cantik, wangi, dan licin. Jadi, daripada menggunakannya dalam produk, kenapa kita tak cuba terus dari sumber asalnya?

Caranya, jadikan kayu cendana sebagai pes dengan mencampurkannya dengan air mawar. Biarkan selama 10-15 minit sebelum melumurkannya pada bahagian bawah lengan yang gelap.

Kalau susah nak dapatkan ‘sandalwood’ atau kayu cendana, anda juga boleh gunakan kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan di Malaysia.

cara hilangkan ketiak hitam

Foto Kredit: marissahyatt.com

4. Masker

Eh, ingatkan muka saja boleh gunakan masker?  Kalau nak hilangkan ketiak hitam pun boleh tau!

Seperti membuat masker, gunakan yogurt, secubit kunyit, dan sedikit jus lemon.

Bilaskannya apabila masker ini kering sepenuhnya. Kalau malas nak bersusah payah, beli saja yang dah siap di farmasi atau kedai aksesori kecantikan. Yang semulajadi atau organik, lebih baik!

5. Vitamin E

Biasa kita dengar vitamin E digunakan dalam produk menghilangkan kesan cela atau luka berparut.

Ini kerana ia dapat merangsang pertumbuhan sel-sel kulit agar kulit baru yang tumbuh lebih baik dan sihat kerana membantu meremajakan kulit. Vitamin E boleh didapati dalam bentuk minyak ataupun losyen.

Jadi, manfaatkanlah kebaikan ini agar dapat hilangkan ketiak hitam.

6. Madu

Madu bertindak sebagai ‘toner’ semulajadi dan juga agen pencerah semulajadi. Campurkan madu, jus lemon, dan sedikit gula untuk hilangkan ketiak hitam. Ia juga membantu menyahkan bau badan.

7. Oren / Lemon

Buah-buahan sitrus ini mempunyai kandungan asid sitrik yang memaksimakan proses pembaharuan sel-sel kulit dan memutihkan bahagian yang gelap.

Gunakan kulit oren atau lemon untuk membuat pes yang wangi dan segar! Pes ini boleeh digunakan sebagai ‘scrub’ untuk membuang semua kesan hitam pada bawah lengan dengan berkesan.

Untuk kesan yang lebih baik, campurkan parutan kulit lemon atau oren tadi dengan air mawar.

hilangkan ketiak hitam

Foto Kredit: prettydesigns.com

8. Batu Apung

Tahukah anda, batu yang biasa kita gunakan untuk melicinkan kulit kaki ini boleh digunakan untuk bahagian ketiak. Sebenarnya, batuan ini telah digunakan sejak berzaman untuk mencantikkan kulit. Ia adalah sejenis batuan lava yang dikenali dengan istilah ‘pumice’ dalam Bahasa Inggeris.

Cuba gosokkan batuan ini pada bawah ketiak anda dengan perlahan-lahan. Ia membantu membuang lapisan gelap pada kulit tersebut.

Batu ini boleh didapati di farmasi atau kedai aksesori kecantikan. Baca label sebelum menggunakannya supaya anda dapat membeli yang asli.

hilangkan ketiak hitam

Foto Kredit: fakt.pl

9. ‘Epilator’ Atau ‘Wax’

Sebenarnya, salah satu punca utama bawah lengan yang gelap ialah cara mencukur atau mencabut bulu ketiak yang tidak berkesan.

Dengan menggunakan kedua-dua alat ini, ia mencegah dan hilangkan ketiak hitam dengan 2 cara ini:

  • tidak menyebabkan pertumbuhan bulu
  • menyingkirkan sel mati dengan meratakan kulit, serta melembutkan permukaannya

Kalau tak berkesan juga, anda bolehlah cuba menjalani rawatan laser untuk mendapatkan kesan yang sama.

Tampil Lebih Yakin

Jom tampil lebih yakin dengan tips-tips di atas. Kebanyakan bahan dah ada pun di rumah. Rugi kalau tak cuba tau!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×