Mendapat tidur nyenyak tanpa sebarang mimpi seram atau gangguan merupakan idaman bagi setiap insan. Namun, ‘terlampau’ nyenyak sehingga selalu menekan ‘snooze’ pada jam yang sudah ditetapkan itu boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan.
Ternyata ini merupakan berita yang mengejutkan kerana ramai yang menjadikan perbuatan ini sebagai rutin harian!
Baca juga: Cara Nak Kenalpasti Karakter Utama Perempuan Pemalas, No.4 Ramai Selalu Buat!
SEBENARNYA TAK TIDUR NYENYAK, DOKTOR DEDAH BAHAYA SELALU ‘SNOOZE’ ALARM
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@drrizalabubakar), doktor ini menjelaskan bahawa satu kajian membuktikan individu yang kerap menekan butang ‘snooze’ boleh menerima implikasi buruk untuk tubuh badan mereka. Tapi, bagaimana perbuatan ini memberi kesan buruk?
Untuk pengetahuan anda, tempoh 10 minit pada setiap ‘snooze’ akan mengganggu satu kitaran tidur seseorang yang sepatutnya perlu dilengkapkan dalam masa 90 minit. Mengejutkan adalah, gangguan kitaran tidur ini juga akan membuatkan produktiviti seseorang terjejas sehingga empat jam pada hari berkenaan.
Inilah yang menjadi punca badan anda sering berasa lesu walaupun apabila dihitung semula sudah mempunyai waktu tidur yang cukup, malah lebih!
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang baru sedar bahawa tindakan mereka selama ini memberi kesan buruk kepada badan dalam jangka masa panjang. Malah ramai juga yang bersetuju bahawa produktiviti mereka menurun dan wajah semakin kusam.
Kitaran tidur mempunyai empat peringkat seperti berikut:
Peringkat 1: Ketika anda sedang tidur, peringkat ini bermula dimana anda meletakkan kepala di atas bantal dan menutup mata. Selalunya ini mengambil 15-20 minit. Anda akan masih berjaga dan sedikit bunyi pun akan membangunkan anda.
Peringkat 2: Anda sedang mula hilang kesedaran tetapi masih tidak tidur sepenuhnya. Anda mungkin tidak akan terbangun pada bunyi yang ringan atau pergerakan dalam bilik tetapi sekiranya seseorang menyentuh, anda mungkin akan bangun.
Peringkat 3 & 4: Anda telah masuk ke peringkat tidur mati. Tidak sedar pada peringkat ini, atau secara praktikalnya ‘mati’ seperti yang orang katakan, dan tubuh serta otak anda sedang melakukan kerja membaikpulih pada waktu ini.
Peringkat 5: Ia dikenali sebagai peringkat REM (Rapid Eye Movement) dan inilah peringkat dimana kebanyakkan mimpi berlaku. Pada akhir peringkat kelima, anda akan mula keluar daripada ketidaksedaran kepada kesedaran dan sedia untuk memulakan kitaran tidur daripada peringkat 1 semula.
*Sebelum tidur, tepuk bantal dan minta Malaikat tolong kejutkan kita pada waktu Subuh nanti ya!
@drrizalabubakar Tidur, terjaga sebab alarm berbunyi lepas tu tekan butang snooze. Apa berlaku? #drrizalabubakar #drotak #sihat #otak #tidur #tidurnyenyak ♬ original sound – drrizalabubakar
Baca juga: Maksud Tersirat & Tersurat Dua Kalimah Syahadah, Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur
Sumber: Tiktok @drrizalabubakar, Hello Doktor