Famili

Wajah Terkini Adik Ainul Mardhiah Ceria & Lincah, Pernah Viral Derita Kanser Mulut Usia 9 Bulan

16
SHARES
adik ainul mardhiah

Sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia masih ingat dengan kes penderitaan adik Ainul Mardhiah, yang pada ketika itu baru berusia beberapa bulan, telah didiagnosis dengan penyakit kanser mulut yang dikenali sebagai ‘Germ Cell Tumor’.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019. Berita baik yang dinantikan ramai adalah wajah terkini Ainul Mardhiah yang ceria!

Baca juga: Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Caranya

WAJAH TERKINI ADIK AINUL MARDHIAH, PERNAH DERITA KANSER MULUT

adik ainul mardhiah

Foto Sinar Harian: Ketika Ainul Mardhiah usia 8 bulan.

Keajaiban berlaku apabila kisah Ainul mula mendapat perhatian apabila ibu bapanya sering berkongsi tentang penderitaan anak mereka di media sosial. Malah, ramai yang mula mendoakan kemudahan dan menghulurkan sumbangan bagi membantu kos rawatan Ainul.

Dengan sumbangan yang akhirnya mencecah RM4 juta, Ainul berjaya diterbangkan ke London untuk menjalani pembedahan yang sangat diperlukan. Meskipun proses pemulihan selepas pembedahan tersebut penuh dengan liku dan cabaran, Ainul menunjukkan kekuatan dan ketabahan yang luar biasa seperti perkongsian terbaharu dari ayah Ainul mengenai keadaannya yang sekaranf.

Sejak akhir-akhir ni, ramai PM nak tengok Ainul sekarang, rindu agaknya. Alhamdulillah, Ainul sekarang sihat dan semakin aktif. Ceria dan makin kurang jatuh sakit. Kalau demam pun sehari dua dah recover dan tak teruk sangat. Nikmat yang paling ketara sekarang Ainul dah tak bawak mesin dia ke mana mana. Susu pun dah boleh minum menggunakan mulut, aiskrim pun dah pandai mintak tau.

Kalau adik-adik dia makan aiskrim depan dia, memang dia kejar adik-adik dia tu. Dia suka lari, loncat-loncat, sangat happy!
Berbeza keadaan dia dahulu dan sekarang. Alhamdulillah….-Ainul Mardhiah, 6 tahun, 2024″

TIDAK PERLUKAN MESIN LAGI..

adik ainul mardhiah

Foto terkini Ainul Mardhiah.

Menurut penceritaan Ahmad Safiuddin, Ainul kini jarang jatuh sakit, dan jika demam sekalipun, tempoh pemulihannya hanya memakan masa satu atau dua hari. Demamnya juga tidaklah teruk seperti dahulu dan tidak memerlukan mesin lagi.

Keadaan Ainul kini jauh lebih baik berbanding dahulu, dan segala perkembangan positif ini adalah satu anugerah yang amat disyukuri oleh keluarga mereka. Kisah adik Ainul Mardhiah bukan sahaja menjadi contoh lambang kekuatan anak kecil melawan penyakit malah menunjukkan betapa bersatu-padunya orang ramai ingin meringankan beban.

Keprihatinan orang ramai yang sedia membantu tanpa mengira latar belakang atau perbezaan telah membuktikan betapa besar nilai kasih sayang dan kepedulian dalam masyarakat kita.

*Terima kasih rakyat Malaysia dan semoga kekal sihat adik Ainul!

Baca juga: Bapa Tunggal Rayu Hadiahkan Sepotong Kek Untuk Hari Lahir Anaknya Undang Sebak

Sumber: Ahmad Safiuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×