Sihat

9 Makanan Ini Akan Bantu Anda Tidur Lebih Lena!

203
SHARES
tidur-lena

“Ish, dah pukul 1 pagi dah ni.. Mata ni kenapa la susah sangat nak lelap. Esok ada pembentangan kat tempat kerja. Bikin kacaulah kalau aku tak cukup tidur ni nanti… Apa tips tidur lena agaknya ya?”

Sukar untuk tidur malam? Terjaga di tengah malam dan sukar untuk lena kembali? Tidak dapat tidur sehingga pagi? Semua ini sungguh memenatkan, bukan? Sama ada sedar atau tidak, anda sebenarnya mengalami insomnia!

Foto Kredit : lythamtherapies.co.uk

Foto Kredit : lythamtherapies.co.uk

APA ITU INSOMNIA?

Insomnia merupakan masalah tidur yang mana kita tidak mampu mendapatkan tidur yang mencukupi untuk bangun pagi dalam keadaan segar-bugar.

Ianya bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal yang mana kita akan berasa letih kerana tidak cukup tidur, malah boleh mengganggu emosi dan fikiran kita.

Faktor kesihatan, kebimbangan, tekanan, pengambilan ubat-ubatan, dan pelbagai perkara lagi menjadi punca insomnia ini.

Tips Tidur Lena: Amalkan 9 Makanan Ini!

Terdapat pelbagai cara bagi mengatasi masalah insomnia ini. Salah satu tips tidur lena yang paling berkesan adalah melalui pemakanan yang betul.

Mari kita amalkan pemakanan sihat seperti berikut bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti!

1. Susu

Susu kaya dengan asid amino tryptophan yang dapat membuatkan kita berasa mengantuk. Kalsium dalam susu juga dapat meningkatkan kadar hormon melatonin dalam badan bagi membantu kita untuk tidur.

Segelas susu suam yang diminum sebelum tidur dapat membuatkan kita berasa lebih tenang dan relaks.

2. Pisang

Kandungan potassium dan magnesium dalam pisang dapat merehatkan otot-otot badan kita. Dengan ini, minda kita juga akan berasa lebih tenang untuk tidur.

tips tidur lena

Foto Kredit : onehdwallpaper.com

3. YOGURT

Kalsium dalam yogurt menghasilkan tryptophan yang dapat melegakan kita daripada tekanan. Pilih yogurt yang tidak mengandungi gula dan ianya boleh dimakan bersama kekacang atau buah-buahan terpilih untuk membantu kita tidur lebih lena.

tips tidur lena

Foto Kredit : megalindas.com

4. Oat

Oat juga mengandungi tryptophan yang dapat membuatkan kita berasa mengantuk.

Selain itu, ia bertindak sebagai penghasil hormon melatonin dalam badan yang dapat membantu kita untuk tidur.

Foto Kredit : muscleandfitness.com

Foto Kredit : muscleandfitness.com

5. Kekacang

Tahukah anda bahawa kekacang seperti badam dan walnut juga dapat membuatkan kita tidur lebih lena?

Kacang badam mengandungi potassium dan Vitamin B6 yang membantu sistem saraf kita untuk lebih rileks manakala kacang walnut pula kaya dengan tryptophan yang dapat membuatkan kita berasa mengantuk. Dengan ini, kita akan lebih mudah terlena.

6. Madu

Jika anda merupakan penggemar manisan, apa kata gantikan gula dengan madu sebelum tidur?

Ianya mengandungi tryptophan yang dapat membuatkan minda dan badan kita lebih tenang serta membebaskan hormon melatonin untuk membantu kita tidur dengan lena. Sesudu madu pun sudah mencukupi.

Foto Kredit : indianexpress.com

Foto Kredit : indianexpress.com

7. Air Kelapa Muda

Sumber mineral seimbang yang terkandung dalam air kelapa muda iaitu potassium, kalsium, magnesium, fosforus, dan sodium adalah penting untuk mengelakkan kekejangan kaki pada waktu malam sekaligus mengelakkan tidur kita daripada terganggu.

Apabila seluruh anggota badan berasa selesa, maka kita akan dapat tidur dengan lebih lena pada waktu malam.

Foto Kredit : belfastvibe.com

Foto Kredit : belfastvibe.com

8. Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran berdaun hijau seperti bayam membekalkan sumber magnesium yang tinggi.

Ianya dapat merehatkan otot badan kita sekaligus membantu kita untuk tidur lebih lena.

Foto Kredit : cosmopolitantoday.com

Foto Kredit : cosmopolitantoday.com

9. Ceri

Ceri dapat meningkatkan tahap melatonin dalam badan iaitu hormon yang membantu kitaran tidur kita, seterusnya membuatkan kita berasa mengantuk secara natural dan tidur lebih lama.

Pilihan di tangan kita sama ada ingin menikmati jus ceri atau makan buah ceri begitu sahaja.

Pentingnya Tidur Yang Berkualiti

Tidur yang mencukupi adalah sangat penting dalam menjamin kestabilan emosi, mental dan fizikal kita setiap hari. Kekurangan tidur akibat insomnia akan mendatangkan pelbagai kesan negatif kelak.

Usah biarkan masalah tidur sebegini mengganggu hari anda. Insomnia boleh diatasi. Cari jalan penyelesaian terbaik dan lihat perubahannya nanti. Dengan usaha yang berterusan, anda pasti dapat tidur dengan lena dan memperoleh tidur yang lebih berkualiti kelak!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×