Famili

9 Perkara Encik Suami Tak Tahu Tentang Isteri Yang Sedang Mengandung

4.7K
SHARES
peranan suami semasa isteri mengandung

“Kalau 40 minggu isteri aku ‘lembek’, tak larat, penat juga aku kena buat semua kerja. Tapi bila fikirkan balik, ini memang peranan suami semasa isteri mengandung. Satu je aku aku minta dijauhkan – ‘mood’ yang bergelora tu. Naya aku nak melayannya nanti.”

Umumnya kita tahu memang macam-macam ragam isteri mengandung. Ada yang boleh lasak, ada yang tak tahan. Ada yang ceria dan berseri-seri, tapi selalu juga menangis dan suka menyendiri.

Bagi seorang suami, mungkin susah betul nak faham ‘angin’ wanita ini. Tapi, anda boleh mengawalnya kalau anda kurang membangkitkan rasa tidak selesa pada mereka. Yalah, sebagai pasangan, andalah yang selalu berada dekat dengan mereka. Jadi, anda juga mempengaruhi sebahagian besar daripada emosi mereka.

Foto Kredit: geliblog.de

Foto Kredit: geliblog.de

9 Perkara Encik Suami Tak Tahu Tentang Isterinya Yang Sedang Mengandung

Ini antara perkara yang ramai tak tahu serta peranan suami semasa isteri mengandung.

1. Mereka Serius Lapar

Orang mengandung memang selalu lapar. Serius lapar.

Jadi, apa yang anda kena faham adalah – kalau lapar, jangan biarkan mereka tunggu sejam dua untuk pergi cari makanan di luar. Cepat carikan snek dulu sebelum mereka ‘jadi singa’!

Tak kisahlah coklat, ‘energy bar’, buah, salad, atau biskut kering – pastikan ini semua ada dalam ‘stok kecemasan’ anda.

peranan suami semasa isteri mengandung

Foto Kredit: weziwezi.com

2. Makanan Jadi Isu Sensitif

Pernah dengar tak apa yang anda punya – mereka punya. Apa yang mereka punya – jangan berani nak sentuh!

Bagi sesetengah wanita, inilah peraturannya. Lagi satu, janganlah tegur kalau mereka dilihat ‘lapar’ semacam.

Kalau tak kena gaya, boleh menangis dibuatnya.

coklat makanan ibu mengandung

3. Bersedia Untuk ‘Gemuk’

Anda ingat isteri anda seorang yang akan menambah berat badan? Anda salah.

Kadangkala si isteri mengidam dan minta macam-macam. Tapi, akhirnya mereka mungkin akan makan 1-2 cubit. Siapa yang kena habiskan?

Inilah salah satu peranan suami semasa isteri mengandung. Kalau tak mahu membazir, terpaksalah makan. Silap-silap anda pula yang lebih ‘berselera’ daripada mereka.

kelebihan ibu mengandung

Foto Kredit: verywell.com

4. ‘Baby Brain’

Istilah ‘pregnancy brain’ atau ‘baby brain’ ini dikaitkan dengan sikap isteri yang mula menjadi pelupa dan cuai.

Contoh biasa – tak jumpa cermin mata yang di atas kepala, lupa nak kunci rumah, atau ada yang lupa nak tutup air tadahan.

Kalau dibiarkan, kecuaian seperti ini boleh mengundang bahaya. Sebagai suami, masa inilah anda perlu lebih berhati-hati dan jadi superhero mereka.

cari barang hilang

Foto Kredit: immi-canada.com

5. Sukar Dibawa Bergurau

Sebelum ini andalah tukang lawak yang paling menghiburkan. Tapi, kini?

Cepat sangat sentap. Ini salah, itu salah.

Bila nampak isteri anda ‘menjeling’ dan tak ada tanda nak ketawa, baik anda hentikan lawak tersebut. Mungkin lepas bersalin nanti bolehlah sambung balik.

6. Tubuh Makin Seksi, Tapi…

Secara biologinya, tubuh wanita mengandung ada banyak kelebihan. Kulit menjadi licin dan mulus, wajah ‘naik’ serinya, payudaranya menjadi semakin cantik dan berisi.

Keadaan ini adalah akibat pertambahan hormon wanita sebagai persediaan untuk menyusukan bayi yang bakal lahir.

Tapi, kebanyakan masanya anda hanya boleh memandang dari jauh. Bagi sesetengah mereka, ianya mungkin menyakitkan, tak selesa, dan hubungan intim juga semakin menyukarkan. Bertabahlah.

Foto Kredit: maminka.cz

Foto Kredit: maminka.cz

7. Tempat Tidur Anda Diambil Alih Oleh Bantal

Selama ini, isteri anda suka ‘menyelit’ dan ‘menempel’ pada tubuh anda sebelum tidur. Mungkin kadang-kadang rimas, tapi anda akan merinduinya.

Ini kerana, anda telah ‘digantikan’ dengan bantal-bantal gebu yang memenuhi tempat tidur.

Isteri anda menjadi semakin sukar untuk tidur di waktu malam apabila perut semakin membesar. Bantal-bantal inilah yang akan digunakan untuk menampung tubuh mereka.

Pernah tengok bantal orang mengandung tak? Kalau mereka ada bantal itu, anda akan terus ‘dilupakan’. Sayonara!

Foto Kredit: ojcommerce.com

Foto Kredit: ojcommerce.com

8. Jangan Sebut Tentang Perut Besar

Ironinya, orang mengandung memang akan membesar.

Tapi, tak tahulah kenapa mereka takut gemuk dan asyik bertanya soalan yang ‘bahaya’ berkaitan penampilan mereka.

“Macam ni nampak gemuk tak?” Hah. Jangan cuba-cuba nak jawab ya atau tak. Cukuplah beritahu yang baju itu sesuai dengan mereka. Nanti anda juga yang pening kepala.

9. Mereka Perlukan Rehat Yang Lebih

Ada yang mengalami alahan teruk, tak boleh tidur malam, tak ada selera makan, lenguh pinggang, atau bengkak kaki. Macam-macam masalah boleh berlaku semasa mengandung.

Berbanding hari-hari biasa, isteri anda yang mengandung juga akan cepat letih dan tak larat nak buat semua kerja rumah yang mereka buat dulu.

Jadi, janganlah anggap mereka ini pemalas atau manja, dan jangan bandingkan mereka dengan sesiapa saja yang anda kenal.

Simptom kehamilan itu memang berbeza bergantung kepada penerimaan tubuh seseorang individu.

Foto Kredit: 30secondmom.com

Foto Kredit: 30secondmom.com

Peranan Suami Semasa Isteri Mengandung

Inilah dikatakan penangan hormon yang turun naik. Ditambah lagi dengan kepenatan dan ‘kerja lebih’ yang ditanggung oleh badan untuk seorang insan dalam rahimnya. Macam ‘rollercoaster’!

Walau apa pun, anda kenalah bersedia dan ikhlas menjalankan peranan suami semasa isteri mengandung. Bahkan, ini mungkin kali terakhir mereka ‘bercuti’ sebelum menjadi ibu.

Jadi, Encik Suami, tolong bagi peluang ya?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×